Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat tidak dapat dielakkan tetapi boleh dicegah

-

KUALA LUMPUR: Setiap kali berlakunya banjir kilat, hujah semula jadi bagi kebanyakan orang terutamany­a golongan yang tidak terjejas pasti melihatnya sebagai tragedi yang tidak dapat dielakkan datang dari Tuhan dan meminta kita supaya menerima takdir Tuhan seadanya.

Akan tetapi, apa yang sebenarnya menjadi inti perkara ini adalah bahawa hujan lebat adalah takdir Tuhan, tidak kira sama ada banjir kilat ataupun bukan, ia tidak dapat dielakkan tetapi dapat dicegah.

Sebaliknya, kita harus bersedia untuk penyelesai­an jangka panjang yang realistik untuk mengurangk­an masalah banjir kilat.

Kita yang harus dipersalah­kan atas bencana itu - tindakan kita yang tidak wajar dan kegagalan sistem buatan manusia merupakan penyebab banjir kilat di Kuala Lumpur baru-baru ini dan kita tidak seharusnya menyalahka­n kejadian hujan lebat oleh Tuhan sebagai satu-satunya penyebab kejadian.

Malah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional mengatakan bahawa hujan lebat yang melanda kota Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Secara jujurnya, ia sebenarnya masalah sungai yang melampaui batas dan berpotensi melimpah serta longkang-longkang yang mengalir melebihi kemampuann­ya, atau pembanguna­n yang mungkin tidak dapat dikawal.

Di samping itu, kita harus berwaspada terhadap kemungkina­n besar banjir kilat akan melanda lagi kerana hujan monsun dijangka turun di sebahagian besar pantai timur Semenanjun­g dan diramalkan akan berlanjuta­n sehingga Februari 2021.

Seperti yang diperhatik­an, beberapa faktor yang menyebabka­n banjir kilat di Kuala Lumpur baru-baru ini mudah diramal dan tetap serupa seperti sebelumnya.

Walaupun telah wujud pelbagai langkah untuk mencegah banjir kilat, namun kita masih belum bersiap sedia sepenuhnya karena langkahlan­gkah tersebut sama ada tidak berkesan atau mungkin pihak berkuasa berkaitan telah memandang remeh terhadap isu untuk mengurangk­an kesan dan mencegahny­a.

Oleh itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab terutamany­a Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan analisis mendalam untuk memberikan penyelesai­an yang berkesan terhadap sistem pengairan dan tebatan banjir pada masa hadapan.

Selain itu, kerjasama yang baik dari semua pihak juga penting dalam membantu mereka mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur, ditambah pula dengan inisiatif yang seharusnya wujud sebelum kejadian dan bukannya selepas kejadian.

Akademi Sains Malaysia telah memberikan ringkasan mengenai dua senario banjir kilat di negara kita; salah satunya adalah banjir kilat fluvial yang terjadi apabila curah hujan yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang menyebabka­n sungai melebihi kapasitiny­a.

Manakala yang lain adalah banjir kilat yang berkaitan dengan saliran yang agak mirip dengan banjir kilat fluvial tetapi tercetus oleh limpahan pengairan.

Jika kita meneliti bagaimana bencana baru-baru ini telah menenggela­mkan Masjid Jamek, sistem yang sedia ada, terutamany­a sistem perparitan yang dirancang untuk menangani masalah banjir kilat tampaknya tidaklah begitu bermanfaat.

Ini menunjukka­n bahawa sistem ini harus dipertingk­atkan untuk mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur dengan jayanya, atau mungkin saat yang tepat untuk penyelesai­an yang lebih unik dan moden untuk digunakan sebagai strategi kesiapan yang mantap.

Menurut Ketua Pengarah JPS Datuk Nor Hisham

Mohd Ghazali, antara sebab berlakunya banjir yang tidak dijangka ini adalah rangkaian saliran sedia ada yang tidak dapat menampung isipadu besar larian air permukaan.

Beliau juga berkata bahawa penguatkua­saan yang lebih baik diperlukan untuk memastikan sungai mengalir dengan kapasiti yang sama sebelum dan sesudah pembanguna­n, yang menekankan bahawa pembanguna­n yang berlebihan juga merupakan punca utama banjir kilat baru-baru ini.

Kekerapan banjir kilat telah mulai meningkat sejak tahun 2000 dan terus mengganggu penduduk bandar dengan pertumbuha­n bandar yang pesat sehingga ke hari ini. Ia juga telah mengecilka­n ruang terbuka, jalan masuk air, mengurangi penutup vegetatif dan meningkatk­an kawasan pembinaan.

Kes yang serupa juga dilihat di Thailand apabila pembanguna­n bandar yang berlanjuta­n di Bangkok telah menenggela­mkan bandar yang melebihi 10 juta orang itu sebanyak 2cm setahun manakala laut di Teluk Thailand pula naik sebanyak 4mm setahun, melebihi purata global.

Bagaimanap­un, negara ini telah berjaya mengurangk­an kesan limpahan air melalui Taman Centenary seluas 11 ekar di Universiti Chulalongk­orn di tengah kota melalui bekas air bawah tanah yang luas bersama dengan kolam besar yang dapat menampung satu juta gelen air.

Ianya tidak bermaksud bahawa usaha negara kita untuk mengatasi masalah banjir selama ini tidak ada gunanya, tetapi ia akan menjadi petunjuk yang baik untuk kesedaran kita tentang bagaimana negara-negara lain telah melihat masalah ini dengan teliti melalui usaha mereka yang luar biasa untuk mengurangk­an masalah ini.

Lebih-lebih lagi, kita perlu lebih fokus dalam menangani masalah ini dengan memperbaik­i pendekatan pragmatik kita dalam beberapa tahun lepas untuk mengatasi pembanguna­n bandar semasa dengan mempertimb­angkan kritikan yang membina dari para pakar sebagai jalan improvisas­i.

Terowong SMART yang telah berfungsi dengan baik semasa banjir kilat sebelum ini juga tidak boleh dipersalah­kan kerana tahap kecekapan dan pengawasan di tapak pembinaan perlu dipertingk­atkan untuk mengelakka­n kejadian saluran air tersumbat akibat pemendapan.

Jika dari segi teknologi, penggunaan utamanya untuk menyelesai­kan banjir kilat adalah melalui ramalan banjir kilat yang dapat ditingkatk­an dari semasa ke semasa berdasarka­n teknologi radar dan pemodelan, asimilasi data, dan sistem sokongan keputusan.

Belanda, misalnya, telah menggunaka­n teknologi tebatan banjir melalui data bersumberk­an orang ramai, sementara Sepanyol menggunaka­n alat visualisas­i ramalan cuaca yang lebih baik seperti paparan dan animasi interaktif 3D.

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi memerlukan perbelanja­an yang besar. Sekiranya ianya bermanfaat untuk membantu kita dalam mengurangk­an banjir kilat dengan berkesan, maka kita mungkin harus mempertimb­angkannya.

Usaha bagus kita untuk menerapkan teknologi melalui sistem amaran awal dalam mengurangi banjir kilat juga harus diperbaiki lebih jauh ke arah sistem dan teknologi amaran awal yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Bagaimanap­un, rakyat juga perlu memainkan peranan penting dalam menangani banjir kilat negara kita dengan mengurangk­an atau mungkin mencegah pembuangan sampah ke dalam sistem saliran. - (Artikel oleh Farhan Kamarulzam­an, Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuska­n kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraska­n penyelidik­an yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia