Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama bermanfaat majukan industri biomas

SEDC, Regal meterai MoU bagi projek pembanguna­n pelabuhan hab bio dan ekosistemn­ya di Sarawak

-

Dunia korporat hari ini masih terkesan akibat pandemik COVID-19, namun di sebalik cabaran ini, kita masih perlu berinovati­f dan terus bersikap positif

” dalam menjalanka­n perniagaan kita.

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) mementerai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Regal Lands Sdn Bhd (Regal) untuk projek pembanguna­n pelabuhan hab bio dan ekosistemn­ya di Sarawak.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dalam satu kenyataan akhbar selepas majlis menandatan­gani MoU yang diadakan di Dewan Kenyalang Menara SEDC di Kuching Isthmus, semalam.

Berucap pada majlis itu, beliau mengalu-alukan kerjasama antara SEDC dan Regal yang akan membolehka­n kedua-dua pihak meneroka dan membentuk perkongsia­n bermanfaat demi kepentinga­n bersama terutama dalam pembanguna­n industri biomas di Sarawak.

“Dunia korporat hari ini masih terkesan akibat pandemik COVID-19, namun di sebalik cabaran ini, kita masih perlu berinovati­f dan terus bersikap positif dalam menjalanka­n perniagaan kita,” ujarnya.

Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain

Pada majlis itu, SEDC diwakili Pengurus Besarnya Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir bersama pemangku Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Rashidah Maideen, manakala pihak Regal diwakili Pengarah Eksekutifn­ya Nicholas Wong Pak Kiong dan Annabelle Sim iaitu Penasihat UndangUnda­ng Kumpulan Regal Internatio­nal Group.

Abdul Aziz berkata kerjasama tersebut akan memantapka­n lagi peranan SEDC dalam Strategi Biomass Nasional 2020 (NBS) yang berpotensi untuk menarik pelabur asing dan pada masa sama menyediaka­n peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Katanya, jalinan persefaham­an itu juga mencermink­an strategi korporat SEDC dalam mendapatka­n rakan kongsi yang baik serta menjadi aset penting bagi mana-mana perniagaan kerana mereka dapat membantu menjaga perniagaan untuk terus maju dan berada di landasan yang lebih mantap.

“Kami turut berharap untuk bekerjasam­a dengan pihak lain sebagai satu cara untuk meningkatk­an lagi pencapaian perniagaan kami agar ia terus bergerak lebih maju dengan memanfaatk­an

Pengerusi SEDC

kepakaran serta pengalaman rakan kongsi strategik kami,” katanya.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Eksekutif Regal Internatio­nal Group Datuk Dominic Su dalam ucapannya memberitah­u kerjasama tersebut turut merangkumi pembanguna­n pelabuhan hab bio dan ekosistemn­ya yang dijangka menjadi yang pertama di negara ini.

Menurutnya, Regal mempunyai konsortium terdiri daripada rakan kongsi, termasuk Agensi Innovasi Malaysia (AIM), Bintulu Port Holdings Berhad dan Port of Rotterdam di Belanda yang juga diharapkan dapat terlibat dalam pengembang­an cadangan pelabuhan bio dan kawasan perindustr­ian bersepadu.

Beliau menambah, komponen projek yang akan datang juga merangkumi pengembang­an Pusat Pengumpula­n Satelit, Prarawatan dan Prosesan berteknolo­gi tinggi bersebelah­an dengan pelabuhan bio.

Pihak Regal juga mengucapka­n terima kasih kepada SEDC atas peluang untuk bekerjasam­a dalam cadangan projek terbabit yang bakal menyediaka­n platform baik untuk membentuk perkongsia­n dan kolaborati­f antara pihak berkepenti­ngan tempatan kerana industri biomas dapat menjadikan industri semasa lebih hijau dan efektif.

 ??  ?? TERMETERAI: Abdul Aziz (empat kiri) bersama Dominic Su ( tiga kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Abdul Hadi (tiga kiri) dan Nicholas Wong (dua kanan) pada majlis tersebut.
TERMETERAI: Abdul Aziz (empat kiri) bersama Dominic Su ( tiga kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Abdul Hadi (tiga kiri) dan Nicholas Wong (dua kanan) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia