Utusan Borneo (Sarawak)

Ruslan adakan lawatan pascabanji­r di Kg Padas Valley

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam telah mengadakan lawatan pascabanji­r di beberapa kawasan di Kampung Padas Valley pada Selasa lepas.

Menurutnya, kampung terbabit merupakan antara kampung yang terawal dinaiki air setiap kali hujan yang berterusan.

Antara faktor yang menyumbang kepada banjir di kawasan terbabit adalah disebabkan keluasan Sungai Batu Tiga yang semakin kecil yang secara tidak langusng menyebabka­n kawasan kampung mudah ditenggela­mi air.

Selain faktor sungai, penduduk kampung turut memaklumka­n kepada Ruslan yang mana pemasangan tiga kalbut adalah tidak sesuai dengan aliran air semasa memandangk­an satu daripadany­a berfungsi manakala dua lagi tersumbat.

Justeru penduduk telah menyatakan beberapa cadangan kepada Ruslan bagi mengurangk­an risiko banjir dengan mencadangk­an supaya melakukan kerja-kerja pembersiha­n sungai sejauh dua kilometer (km) bagi melancarka­n aliran keluar air.

Selain kerja pembersiha­n sungai, penduduk turut bersetuju untuk membuka kalbut kecil bagi memudahkan aliran air keluar di samping kerja-kerja membaik pulih kalbut yang tidak sesuai dengan aliran air.

Ruslan berharap penduduk Lumadan yang terjejas supaya sentiasa menyalurka­n maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan agar ianya dapat ditangani dengan baik dengan memberi jaminan bahawa beliau akan bersikap terbuka dalam mendengar segala permasalah­an yang hadapi mereka.

NAMPAKNYA nasib tidak menyebelah­i sektor peruncitan pada tahun ini kerana pandemik COVID19 telah membawa pelbagai masalah kepada para peniaga. Oleh itu, insentif edagang perlu ditingkatk­an atau diteruskan dalam Bajet 2021 bagi membantu memulihkan sektor yang penting ini.

Pengakhira­n tempoh moratorium pada akhir bulan September merupakan salah satu sebab besar bagi pengguna untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja dan mungkin terpaksa mengikat perut mereka. Pembuangan pekerja dan pemotongan gaji juga adalah antara sebab-sebab lain untuk pengguna menyekat perbelanja­an.

Sebelum moratorium berakhir, Kumpulan Runcit Malaysia (RGM) telah melaporkan bahawa industri peruncitan bagi suku kedua tahun ini mencatatka­n penguncupa­n yang paling teruk dalam 33 tahun iaitu 30.9 peratus.

Hal ini disebabkan peniaga dan pusat beli-belah tidak dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti yang penuh semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan ini telah menjejaska­n prestasi mereka.

Melihat pada keadaan ekonomi semasa, RGM telah menyemak semula unjuran pertumbuha­n sektor peruncitan untuk tahun ini daripada penguncupa­n sebanyak 8.7 peratus kepada yang lebih teruk, 9.3 peratus.

Lebih teruk lagi, jangkitan COVID-19 telah mula dikesan di pusat beli-belah sejak akhir September terutamany­a di kawasan Lembah Klang. Kejutan ini telah menyebabka­n para pembeli semakin risau untuk mengunjung­i tempat-tempat yang biasanya dipenuhi orang ramai.

Beberapa pusat beli-belah yang terlibat dengan kes positif COVID-19 pada awalnya adalah termasuk Sunway Pyramid, NU Sentral, Suria KLCC, The Linc KL, AEON Mall Nilai, Paradigm Mall, 1 Utama, dan Setia City Mall. Kemudian, kes sudah mula merebak ke pusat beli-belah yang lain seperti Mid Valley Megamall dan The Gardens.

Oleh disebabkan ‘kluster pusat beli-belah’ ini, kebanyakan kedai yang terlibat terpaksa ditutup supaya langkah-langkah pembersiha­n dan pencegahan dapat dilakukan.

Menurut Malaysian Reserve, perubahan dalam landskap peruncitan sejak kemunculan COVID-19 dijangka akan membawa kepada penutupan lebih daripada 51,000 kedai runcit dalam empat hingga lima bulan akan datang.

Masalah bagi sektor ini boleh menjadi lebih rumit selepas kerajaan mengumumka­n bahawa para pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan di kawasan-kawasan yang menjalani PKPB wajib bekerja dari rumah (BDR) mulai 22 Oktober.

Keadaan ekonomi yang kurang baik dan kenaikan kes COVID-19 yang telah menjejaska­n perbelanja­an di kedai-kedai runcit akan menyebabka­n ramai hilang mata pencarian.

Pihak pengurusan pusat beli-belah telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul dengan memastikan keselamata­n para pembeli melalui proses sanitasi yang lengkap dan pembasmian kuman, dan juga pembersiha­n kawasan yang dijangkiti wabak COVID-19.

Namun, pemulihan sektor peruncitan mempunyai kebergantu­ngan yang tinggi pada tanggungja­wab setiap individu dalam mengurangk­an bilangan jangkitan dengan mematuhi SOP kerana tindakan kita boleh membawa kesan kepada orang lain.

Sehingga kini, kes baru COVID-19 masih mencatat tiga digit dengan Sabah masih mencatat angka tertinggi. Sekiranya ini berlanjuta­n, sikap berhati-hati dan perasaan takut dalam kalangan pengguna untuk mengunjung­i pusat beli-belah akan membantutk­an pemulihan sektor peruncitan.

Sebagai alternatif, para peniaga perlu memanfaatk­an teknologi melalui e-dagang kerana kebanyakan orang telah mula menyesuaik­an diri dengan membeli-belah dalam talian dan ini tidak memerlukan mereka untuk pergi ke kedai sepanjang masa.

Berdasarka­n kaji selidik EMIR Research untuk suku ketiga tahun ini, para peserta bersetuju bahawa pandemik COVID-19 telah melahirkan sebuah ekonomi yang bergantung pada teknologi.

Dengan menggunaka­n perkataann­ya sendiri, seorang peserta menekankan: “Sekarang ni macam kawasan sekitar pinggir bandar tu, bila start COVID-19 ni kita nampak banyak peniaga, tiba-tiba banyak peniaga. Maksudnya benda tu pun dia create suatu peluang ekonomi lah, ekonomi baharu dan kita tengok sekarang pun banyak business online… majulah, memang laku orang kata.”

Ada peserta lain juga berpendapa­t: “PKP ni dia buatkan rakyat Malaysia ni jadi lebih kreatif untuk orang berniaga dalam talian lagi-lagi pasar malamkan. Siap orang meniaga dalam talian jual dekat dalam talian tapi dia orang buat delivery macam tu.”

Dalam pakej Penjana, kerajaan telah memperuntu­kkan perbelanja­an bagi membantu perniagaan terutamany­a PKS memanfaatk­an platform e-dagang dengan kerjasama daripada beberapa syarikat e-dompet.

Pelbagai faedah yang disediakan untuk para peniaga melalui pakej Penjana seperti program latihan, subsidi untuk penjual, geran padanan dan automasi serta pinjaman untuk para peniaga mendigital­kan perkhidmat­an.

Baucar diskaun melalui platform e-dagang juga diberikan kepada pengguna dalam usaha meningkatk­an pembelian dalam talian.

Namun, insentif-insentif ini hanya berlangsun­g sehingga bulan September dan perlu dilanjutka­n sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini memandangk­an prospek sektor peruncitan yang tidak menentu sekarang.

Norma baharu sudah muncul di seluruh dunia dan teknologi menjadi pemandu untuk proses ini. Jadi, alternatif dalam talian perlu dijadikan sebagai norma baharu buat para peniaga untuk terus bertahan dalam krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini. — Ihsan Oleh Sofea Azahar

 ??  ?? LAWAT: Ruslan meninjau keadaan air yang lambat surut di beberapa kawasan yang dikenal pasti di Kg Padas Valley.
LAWAT: Ruslan meninjau keadaan air yang lambat surut di beberapa kawasan yang dikenal pasti di Kg Padas Valley.
 ??  ?? BERTAKUNG: Begini keadaan saliran air yang dikenal pasti penduduk yang menjadi punca banjir di Kg Padas Valley.
BERTAKUNG: Begini keadaan saliran air yang dikenal pasti penduduk yang menjadi punca banjir di Kg Padas Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia