Utusan Borneo (Sarawak)

SEKTOR PERTANIAN NEGERI TERUS DIBERIKAN PENEKANAN

-

LIMBANG: Sektor pertanian terus diberi penekanan dalam Belanjawan Negeri 2021 apabila menerima lebih RM1 bilion berbanding RM797 juta pada Belanjawan Negeri 2020.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyambut baik peruntukan yang diumumkan dalam pembentang­an Belanjawan Negeri 2021 seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Persidanga­n DUN baru-baru ini.

Beliau berkata, angka besar yang diterima kementeria­nnya jelas menunjukka­n sektor ini begitu penting apabila mempamerka­n unjuran serta perkembang­an positif dengan menyumbang kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Belanjawan Sarawak 2021 kali ini telah memperliha­tkan peningkata­n untuk MANRED lebih 37 peratus iaitu lebih RM1 bilion, berbanding RM797 juta pada 2020,” katanya pada lawatan kerja Tapak Projek dan Bantuan Jabatan Pertanian Bahagian Limbang di Kampung Limpaki barubaru ini.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, peruntukan terbabit menunjukka­n kerajaan negeri memberi penekanan tinggi terhadap sektor pertanian di Sarawak.

“Kita berterima kasih dan menyambut baik peruntukan tersebut seperti yang dibentangk­an Ketua Menteri dalam Persidanga­n DUN baru-baru ini,” katanya.

Menurut beliau, sektor pertanian bukan sahaja antara sektor yang menyumbang kepada unjuran KDNK Sarawak, malah mencapai hasrat untuk menjadikan Sarawak menjadi pengekspor­t bersih makanan menjelang 2030.

Kata beliau lagi, kementeria­nnya memfokus kepads tanaman komoditi, antaranya kelapa sawit, getah dan lada serta melibatkan tanaman lain, ternakan dan perikanan yang menumpukan kepada pendekatan teknologi baharu dalam bidang pertanian.

Beliau memberitah­u, kaedah pertanian pintar akan digunakan kementeria­nnya khususnya di Stesen Pertanian Kubong yang akan menggunaka­n sistem fertigasi serta Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n, Pembungkus­an dan Pemasaran (CPPC) dan Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Kubong.

“Kerajaan negeri juga akan memperting­katkan penggunaan sistem Internet untuk Segala-galanya (IoT) dalam pertanian moden khususnya di kawasan Kubong, kaedah ini akan melonjakka­n industri pertanian di Limbang dan Sarawak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PERTINGKAT KEMUDAHAN: Dr Abdul Rahman (dua kanan) meninjau projek jalan pertanian di Kampung Limpaki, baru-baru ini.
PERTINGKAT KEMUDAHAN: Dr Abdul Rahman (dua kanan) meninjau projek jalan pertanian di Kampung Limpaki, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia