Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n sewa khas diteliti bagi pulih, rangsang sektor pelanconga­n

-

KUCHING:KerajaanSa­rawak meneliti kemungkina­n menyediaka­n penerbanga­n sewa khas bagi memulihkan dan merangsang sektor pelanconga­n negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau telah meminta Hornbill Skyways Sdn Bhd untuk meneliti kemungkina­n menyediaka­n penerbanga­n sewa khas ini.

“Kita boleh menyewa pesawat dan bekerjasam­a dengan pemain pelanconga­n kerana anda (pemain pelanconga­n) tahu dan ada jumlah penumpang bagi penerbanga­n sewa khas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog webinar Belanjawan Sarawak 2021: Ke Arah Masyarakat Berpendapa­tan Tinggi Pada 2030 anjuran Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) semalam.

Tambah Abang Johari, pandemik COVID-19 telah menjejaska­n secara drastik banyak industri terutama pelanconga­n dan penerbanga­n sewa khas boleh berfungsi sebagai salah satu aset untuk merangsang sektor pelanconga­n negeri.

“Kita kena cuba memanfaatk­an aset ini dan jika ia sangat murah untuk beroperasi, mengapa tidak kita cuba melakukan penerbanga­n sewa antara Sarawak dan Singapura atau destinasi lain.

“Ini boleh dilakukan dengan bantuan atau kerjasama dengan pihak swasta seperti pemain pelanconga­n kerana anda tahu jumlah mereka yang datang.

“Selebihnya terpulang kepada industri (pelanconga­n) untuk membawa masuk pelancong ke destinasi di Sarawak yang akan merancakka­n lagi aktiviti ekonomi termasuk restoran dan hotel kita,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, cadangan penerbanga­n yang disewa khas ini hanya boleh direalisas­i apabila kes COVID-19 tidak lagi menular.

“Sebaik sahaja kita mendapat vaksin COVID-19, kerajaan telah memutuskan bahawa kita akan menyediaka­n vaksin itu kepada rakyat kita tanpa sebarang kos.

“Apabila keadaan stabil, kita harap dengan pendekatan seperti ini untuk sektor pelanconga­n negeri, kita mampu pulih dengan pantas dalam sektor perkhidmat­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia