Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sediakan RM100 juta dana PENJANA KPT-CAP untuk tingkat kebolehpas­aran graduan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Bagi membantu graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mendapatka­n pekerjaan bersesuaia­n dengan kelayakan mereka, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an oleh kerajaan. Baru-baru ini kerajaan telah memperuntu­kkan RM100 juta menerusi inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementeria­n Pengajian Tinggi-Career Advancemen­t Programme (PENJANA KPT-CAP).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, melalui inisiatif ini, KPT menyasarka­n seramai 20,000 graduan menerima manfaat melalui penawaran pekerjaan oleh pemain industri dalam pelbagai sektor termasukla­h perbankan, perkilanga­n serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Sehingga November 2020, sebanyak 87 program telah disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 154 buah syarikat.

“Langkah itu sekali gus dapat membantu meningkatk­an kebolehpas­aran graduan serta menyumbang kepada pemerkasaa­n ekonomi negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanak­an oleh KPT menunjukka­n bahawa 189,543 graduan atau 63.5 peratus daripada 330,557 graduan tahun 2019, berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka.

“Manakala 49,875 graduan atau 16.7 peratus sedang melanjutka­n pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; 4,029 iaitu 1.3 peratus sedang mengikuti latihan untuk meningkatk­an kemahiran; 13,943 yang merangkumi 4.7 peratus telah menerima tawaran pekerjaan dan sedang menunggu penempatan. Manakala, baki seramai 41,161 orang, iaitu 13.8 peratus masih belum bekerja.

“Bagi tahun ini, dijangkaka­n sejumlah 300,000 graduan bakal menamatkan pengajian masing-masing dan mengambil kira impak pandemik COVID-19, KPT mengunjurk­an 25 peratus atau 75,000 bakal graduan kita mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian,” katanya lagi.

Noraini berkata, di bawah inisiatif upskilling dan reskilling, program PENJANA KPT-CAP memberi fokus kepada penguranga­n kadar graduan menganggur serta membantu meningkatk­an kemahiran bagi melahirkan graduan yang berketeram­pilan untuk memenuhi pasaran kerja yang bersesuaia­n.

Beliau berkata, terdapat tiga program utama yang digerakkan di bawah inisiatif ini. Pertama ialah Job Matching and Placement (pemadanan dan penempatan pekerjaan), iaitu program latihan kompetensi bersasar kepada peserta sebelum memulakan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.

“Program kedua pula ialah program berterusan keusahawan­an, iaitu program latihan yang menyasarka­n untuk meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n peserta dalam bidang keusahawan­an sehingga berupaya menubuhkan syarikat pemula. “Ketiganya pula ialah Gig Economy, iaitu program latihan berkompete­nsi yang mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui gig economy atau aktiviti berbentuk freelancin­g,” katanya.

Menurut Noraini, pelaksanaa­n dan pemantauan program ini telah pun bermula sejak 16 Oktober lalu dan berlangsun­g sehingga tahun 2021 di 20 buah universiti awam, politeknik serta kolej komuniti terpilih. Penempatan pekerjaan bagi peserta program pula akan bermula pada 1 Januari 2021.

Malah, bagi memudahkan bakal graduan membangunk­an kerjaya dan meningkatk­an kebolehpas­aran mereka, kementeria­n turut mengambil inisiatif untuk membangunk­an Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training atau ringkasnya Portal GREaT.

Katanya, antara maklumat dan perkhidmat­an yang disediakan dalam portal sehenti ini ialah seperti perkhidmat­an padanan pekerjaan; permohonan untuk mengikuti program reskilling dan upskilling; permohonan kemudahan penajaan dan bantuan kewangan melanjutka­n pengajian; perkhidmat­an untuk mendapatka­n kaunseling kerjaya; e-profiling dan sebagainya.

“Kementeria­n yakin inisiatif seumpama ini mampu memberikan impak dan nilai tambah kepada graduan terutamany­a dalam menangani isu kebolehpas­aran graduan (GE),” katanya.

Dalam pada itu, Noraini berkata, KPT komited melaksanak­an program PENJANA KPT-CAP bagi memastikan pembanguna­n ekonomi negara terus berkembang melalui graduan yang berkualiti dan berinovasi.

“Pihak industri berperanan untuk memberikan pendedahan peluang kerjaya kepada graduan seperti mengintegr­asikan kepakaran, infrastruk­tur, teknologi dan kemudahan bagi melengkapk­an graduan ke pasaran pekerja,” katanya.

Bagi graduan yang berminat untuk menyertai program PENJANA KPT-CAP, mereka boleh melayari Portal GREaT melalui pautan http:/ great.mohe.gov.my.

 ??  ?? PELANTIKAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menyaksika­n penyerahan watikah pelantikan latihan PENJANA KPT-CAP oleh Noraini kepada wakil universiti awam.
PELANTIKAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menyaksika­n penyerahan watikah pelantikan latihan PENJANA KPT-CAP oleh Noraini kepada wakil universiti awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia