Utusan Borneo (Sarawak)

SDI adakan ceramah maya tentang kesihatan mental pada 27 November

-

KUCHING: Institut Pembanguna­n Sarawak (SDI) akan mengadakan ceramah maya bertajuk ‘Kesihatan Mental Sepanjang Pandemik COVID-19 dan Pertumbuha­n Kita’ pada 27 November, bermula jam 9.30 hingga 11 pagi menerusi aplikasi ZOOM.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, pandemik COVID-19 telah bermula sejak awal tahun ini dan tidak diramal menyebabka­n seluruh dunia mengalami krisis dan menjejaska­n kehidupan secara sosial, mental, psikologi dan ekonomi.

Malaysia kini sedang berperang dengan gelombang ketiga kerana kes terbaharu telah mencecah sehingga 1,000 kes.

Masih terdapat beberapa negeri di bawah pelaksanaa­n kawalan pergerakan termasuk di bandar raya Kuching.

Pandemik ini telah membawa kepada banyak implikasi dan menjejaska­n banyak kehidupan harian dan norma sosial yang menjadi rutin kepada semua dan kini masih banyak yang terpaksa mengadapta­si kepada norma baharu.

Banyak komunikasi kendiri dan hubungan bukan sesama menjadi cabaran menggugat masalah psikologi, tekanan mental, kemurungan, kegelisaha­n dan kesunyian.

Walaupun kesihatan mental terjejas, ada juga banyak perubahan positif pada orang yang membawa harapan.

Pensyarah perubatan di Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Bernard Ting merupakan psikiatri yang berkunjung ke Hospital Sentosa, akan berkongsi mengenai bagaimana menangani beberapa masalah yang dihadapi seperti mengatasi masalah tekanan mental, kemurungan, kegelisaha­n, kesunyian dan lain-lain yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Beliau yang juga merupakan setiausaha Befriender­s Kuching terlibat dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan seperti sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam melaksanak­an projek untuk meningkatk­an kesedaran kesihatan mental dan memerangi stigma sosial terhadap orang yang sakit jiwa.

Bernard juga merupakan anggota pasukan Perkhidmat­an Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososia­l (MHPSS) Hospital Sentosa dan sukarelawa­n Safe Space COVID-19 Malaysia, sokongan psikososia­l dalam talian.

Ceramah tersebut terbuka kepada orang ramai. Sila daftar di https://tinyurl.com/ y2j8bfyw atau imbas kod QR di bawah untuk perbincang­an. Pautan ZOOM akan dihantar melalui e-mel kepada peserta setelah mendaftar.

Sila hubungi Evelette Robin daripada SDI di talian 082415484/416484 atau e-mel di evelettero­bin@sdi.com. my untuk maklumat lebih lanjut.

 ??  ?? LAWATAN: Wan Kamaruddin (duduk, tengah) bersama anggota BBP Samalaju pada sesi lawatan kerja tersebut.
LAWATAN: Wan Kamaruddin (duduk, tengah) bersama anggota BBP Samalaju pada sesi lawatan kerja tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia