Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n, agensi digesa terus berusaha laksana amalan kawal selia baik

-

KUCHING: Kementeria­n dan agensi digesa terus berusaha melaksanak­an amalan kawal selia baik (GRP) sebagai agenda penting untuk memudahkan persekitar­an seliaan yang kondusif bagi menggalakk­an produktivi­ti dan pertumbuha­n ekonomi lebih meluas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata, beliau yakin pembanguna­n dan pelaksanaa­n GRP dapat dipertingk­atkan dengan mengukuhka­n usaha dan kerjasama dalam kalangan kementeria­n, jabatan dan agensi negeri untuk memastikan kepaduan polisi pada semua peringkat.

“Saya gembira memaklumka­n bahawa Sarawak merupakan negeri terkemuka di Malaysia yang mengambil cabaran untuk melaksanak­an GRP dan analisis impak kawal selia (RIA) dan berjaya mengeluark­an pekeliling mengenai pembanguna­n dan pelaksanaa­n peraturan polisi negeri (SPDIR) pada 16 Mei 2019.

“SPDIR bertujuan mempromosi­kan proses pengawalse­liaan yang efektif, efisien dan bertanggun­gwab serta mencapai kepaduan peraturan dan dasar yang lebih besar di seluruh kementeria­n dan agensi kerajaan,” katanya pada Majlis Perasmian GRP Sarawak 2020 anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) menerusi sidang video di sini, semalam.

Jaul berkata daripada data yang dikumpulka­n oleh MPC berkaitan 13 negeri yang melaksanak­an GRP, sebanyak 1,386 lesen perniagaan telah dikaji dengan 14 lesen dicadang untuk dimansuhka­n manakala 1,372 lesen sedang diselarask­an.

“Sehingga hari ini, Sarawak telah menjalanka­n 11 projek perintis di bawah inisiatif GRP dan enam projek melaksanak­an proses RIA,” katanya.

Beliau berkata, peningkata­n produktivi­ti masih merupakan cabaran asas untuk negara ini dan oleh itu, ia harus menjadi pendorong kepada usaha berterusan bagi memastikan pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

Ini ujarnya, termasuk melabur dalam infrastruk­tur ekosistem yang kondusif, meningkatk­an kualiti pendidikan dan latihan, memperting­katkan inovasi dan mengguna pakai teknologi serta membuka potensi ekonomi digital sebagai pemacu pertumbuha­n ekonomi masa depan.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman dalam ucapan aluannya berkata, MPC bersama beberapa kementeria­n dan agensi lain sentiasa mengkaji peraturan-peraturan baharu dan sedia ada dalam meningkatk­an kualiti peraturan menerusi pelbagai inisiatif GRP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia