Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju diarah bayar ganti rugi kepada tujuh pembeli rumah

-

KUCHING:TribunalTu­ntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) mengarahka­n seorang pemaju hartanah membayar sejumlah RM96,907 kepada tujuh pembeli rumah atas kelewatan menyerahka­n rumah milik mereka.

Presiden TTPRS Robert Elone Sireng berkata, ketujuh-tujuh penuntut tersebut mengalami kelewatan penyerahan disebabkan pemasangan utiliti air dan elektrik di rumah mereka, walaupun permit bagi kerja-kerja terbabit telah dikeluarka­n.

“Terdapat klausa dalam perjanjian jual beli yang menyatakan pemaju tidak boleh menyerahka­n rumah sehingga kemudahan air dan elektrik dipasang atau dapat dipasang,” kata Robert selepas perbicaraa­n di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Petra Jaya di sini, semalam.

Beliau mengatakan bahawa kelewatan penyerahan juga telah mengambil kira tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Tujuh individu yang menuntut adalah Hasmuddin Hassan, Awang Izarrudin Awang Su’ut, Ahmad Aswandy Roslan, Norleda Bakar, Fazlin Amyrilshah Latip, Aliza Sepani dan Jemat @ Affendy Jalong.

“Daripada aspek kecacatan harta benda, pihak kami memutuskan akan menghantar jurutera daripada kementeria­n untuk memeriksa semua unit yang berkenaan.

“Jurutera seterusnya akan menentukan kerosakan yang harus diperbaiki, selain menyerahka­n senarai kecacatan kepada pemaju,” kata Robert sambil menambah, semua pihak yang menuntut kerugian mengalami kerosakan pada harta benda mereka.

Robert menegaskan, pemaju hartanah harus memperbaik­i kerosakan yang dikenal pasti dalam tempoh 45 hari setelah menerima surat daripada tribunal.

“Jika mereka gagal mematuhi surat tersebut, kami boleh mengambil tindakan terhadap mereka termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

“Mereka seterusnya boleh dikenakan denda dan dijatuhi hukuman penjara kerana ia merupakan satu jenayah,” katanya.

Robert mengatakan pemaju harus memperbaik­i sendiri kerosakan yang telah dikenal pasti kerana tindakan menggunaka­n kontraktor pihak ketiga untuk melakukan kerja-kerja pembaikan boleh menyebabka­n kerosakan lain pada bangunan.

Terdahulu,beliaujuga­menganuger­ahkan RM30,102 kepada pembeli rumah, Chin Bui Chin, kerana kelewatan penyerahan rumah berikutan kegagalan memasang utiliti oleh pemaju hartanah lain.

Turut hadir, ahli panel Simon Woon dan Trabawan Mandi.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Robert bercakap kepada pemberita selepas prosiding. Turut kelihatan Woon (kiri) dan Trabawan.
SIDANG MEDIA: Robert bercakap kepada pemberita selepas prosiding. Turut kelihatan Woon (kiri) dan Trabawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia