Utusan Borneo (Sarawak)

Kenderaan keluaran Scania sangat mesra alam

Scania Ecolution bersama pelanggan Scania capai jumlah penguranga­n 681,000kg karbon dioksida sehingga kini

-

Sememangny­a, ini petanda baik untuk beralih kepada sistem pengangkut­an yang lebih mampan di

” negara ini.

KUCHING: Scania Ecolution bersama dengan pelanggan Scania telah mencapai jumlah penguranga­n 681,000 kilogram karbon dioksida (CO2) sehingga kini.

Menurut kenyataan pihaknya semalam, jumlah tersebut adalah setara dengan penanaman kira-kira 10,000 pokok yang tumbuh subur selama setahun lepas.

“Scania Ecolution adalah kerjasama khusus antara Scania dan para pelanggan untuk mengurangk­an penggunaan bahan api, justeru membantu dalam penguranga­n pelepasan CO2.

“Perkongsia­n ini juga bertujuan mengurangk­an kos operasi yang seterusnya membawa kepada keuntungan lebih baik selain memenuhi permintaan inisiatif mesra alam yang semakin meningkat.

“Prasyarat Scania Ecolution adalah dengan mendaftar ‘Scania Fleet Management System (FMS) Control 10 Package’.

“Sehingga kini, lebih 200 trak dan koc daripada lebih 30 pelanggan telah dioptimumk­an dengan spesifikas­i yang sesuai bagi memenuhi operasi masing-masing,” katanya.

Konsortium E-Mutiara Berhad yang menggunaka­n solusi menyeluruh Scania adalah pelanggan koc Ecolution pertama di Asia pada 2018.

Kenderaan yang dioptimumk­an itu dilengkapi dengan FMS di mana data tentang kenderaan dan pemandu dapat diperoleh untuk analisis. Prestasi pemandu boleh ditingkatk­an berdasarka­n data ini.

“Di samping itu, khidmat latihan dan bimbingan juga dapat mengurangk­an masa terbiar, pembrekan secara tiba-tiba dan memandu melebihi had laju untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih baik selain mengurangk­an jejak karbon.

“Kemampanan dan keuntungan boleh berjalan serentak. Ini terbukti apabila

Marie Sjödin Enström

Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara

Scania Ecolution dan pelanggan kami mencapai prestasi lebih baik selepas selepas menyertai Scania Ecolution.

“Sememangny­a, ini petanda baik untuk beralih kepada sistem pengangkut­an yang lebih mampan di negara ini,” kata Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara Marie Sjödin Enström.

AONE Logistics Sdn Bhd, pelanggan trak Scania Ecolution pertama di Asia, percaya bahawa sasaran itu boleh dicapai melalui pengoptimu­man kenderaan serta penguranga­n pelepasan bahan api dan CO2 yang dipersetuj­ui.

Kemajuan dalam mencapai sasaran terbabit akan sentiasa dipantau, dinilai dan dibincangk­an dengan pengurus Scania Ecolution secara berkala bagi memastikan pencapaian keputusan yang diinginkan.

Pengedar gas petroleum cecair (LPG) eksklusif Mohd Sidek Amzah Enterprise di Senai, Johor yakin akan cara kerja Ecolution dan menganggap Scania Ecolution sebagai alat operasi yang penting memandangk­an bahawa syarikat beliau masih mampu bersaing dengan syarikat lebih besar walaupun hanya sebuah syarikat yang agak kecil di pasaran.

“Ini sebahagian­nya disebabkan penjimatan kos daripada penggunaan bahan api yang lebih rendah. Lebih penting, Scania Ecolution membantu mengurangk­an jejak karbon syarikat, justeru merendahka­n impak kepada alam sekitar.

“Sebagai pengeluar utama kenderaan komersial berat, sasaran iklim Scania yang meluas telah diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (‘Science Based Target initiative’ atau SBTi),” tambah beliau.

Scania komited untuk mencapai matlamat perjanjian Paris iaitu dengan mengehadka­n pemanasan global hingga 1.5°C melebihi paras praindustr­i.

Selain memotong pelepasan CO2 sebanyak 50 peratus daripada operasinya menjelang tahun 2025, juga mengurangk­an pelepasan daripada produknya sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang sama.

Scania Ecolution adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif ke arah pencapaian matlamat ini.

“Kami di Scania kekal komited dalam mendorong peralihan ke arah sistem pengangkut­an yang mampan.

Pendaftara­n yang semakin bertambah menunjukka­n bahawa Scania Ecolution mungkin akan diterima sebagai suatu standard dalam kalangan pelanggan di Malaysia sambil mengorak langkah ke Asia Tenggara,” tambah Marie.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zamani

Ridzwan (Che’ Zam), Ahem Ideas Sdn Bhd di talian +60 12-879 9920 atau e-melkan ke: pr.ahemideas@gmail. com atau

Eksekutif Pemasaran & Komunikasi Scania Asia Tenggara Nursolehat­un Nafisah Muhd Dahalan di talian +6012-370 8763 atau e-melkan ke nursolehat­un. dahalan@scania.com.

 ??  ?? PELANGGAN: Scania Ecolution adalah kerjasama khusus antara Scania dan para pelanggan untuk mengurangk­an penggunaan bahan api, justeru membantu dalam penguranga­n pelepasan CO2. Kelihatan di sini adalah sebahagian dariPADA pelanggan trak dan koc Scania yang komited terhadap Scania Ecolution.
PELANGGAN: Scania Ecolution adalah kerjasama khusus antara Scania dan para pelanggan untuk mengurangk­an penggunaan bahan api, justeru membantu dalam penguranga­n pelepasan CO2. Kelihatan di sini adalah sebahagian dariPADA pelanggan trak dan koc Scania yang komited terhadap Scania Ecolution.
 ??  ?? BERSAING: Pengarah Urusan pengedar gas petroleum cecair (LPG) eksklusif di Senai, Johor Mohd Sidek Amzah Enterprise, yakin akan cara kerja Ecolution dan menganggap Scania Ecolution sebagai alat operasi yang penting memandangk­an bahawa syarikat beliau masih mampu bersaing dengan syarikat lebih besar walaupun hanya sebuah syarikat yang agak kecil di pasaran.
BERSAING: Pengarah Urusan pengedar gas petroleum cecair (LPG) eksklusif di Senai, Johor Mohd Sidek Amzah Enterprise, yakin akan cara kerja Ecolution dan menganggap Scania Ecolution sebagai alat operasi yang penting memandangk­an bahawa syarikat beliau masih mampu bersaing dengan syarikat lebih besar walaupun hanya sebuah syarikat yang agak kecil di pasaran.
 ??  ?? PERTAMA: Kelihatan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (KEMB) Che Ibrahim Che Ismail, bersama isteri yang juga rakan kongsi KEMB, Naemah merupakan pelanggan koc Ecolution pertama di Asia pada 2018.
PERTAMA: Kelihatan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (KEMB) Che Ibrahim Che Ismail, bersama isteri yang juga rakan kongsi KEMB, Naemah merupakan pelanggan koc Ecolution pertama di Asia pada 2018.
 ??  ?? BANGGA: Pengarah Urusan Kumpulan AONE Logistics Sdn Bhd (AONE) S. Palani bersama rakan kongsi, Laxmi Bhai bangga AONE sebagai pelanggan trak Scania Ecolution pertama di Asia.
BANGGA: Pengarah Urusan Kumpulan AONE Logistics Sdn Bhd (AONE) S. Palani bersama rakan kongsi, Laxmi Bhai bangga AONE sebagai pelanggan trak Scania Ecolution pertama di Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia