Utusan Borneo (Sarawak)

Ayob Khan bidas lelaki fitnah dirinya, pertikai KPN

-

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay membidas dakwaan seorang pejuang hak asasi manusia yang memfitnah dirinya tidak mempunyai integriti ketika menjalanka­n tugas dan mempertika­ikan kepimpinan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Ayob Khan berkata beliau sedia menerima sebarang kritikan, namun tidak membenarka­n tohmahan tidak berasas dilakukan oleh mana-mana pihak sehingga mencalarka­n imej dan kredibilit­i Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki terbabit, K. Haridas, memiliki 10 laporan polis yang dibuat terhadapny­a di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, berkaitan pelbagai kes di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, lelaki berusia 39 tahun itu turut mempunyai sebuah pertubuhan yang tidak didaftarka­n di Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Saya tiada masalah orang hendak kritik, itu biasa tetapi jangan buat fitnah, jangan buat kenyataan tidak berasas dan itu akan diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ayob Khan berkata kertas siasatan sudah dibuka terhadap Haridas yang antara lain mendakwany­a tidak berintegri­ti kerana menggunaka­n agama untuk mencari nama.

Pada 20 November lalu, tular satu video di laman sosial Facebook Defend People’s Rights Group menampilka­n seorang lelaki mendakwa integriti Ayob Khan dan kepimpinan Ketua Polis Negara.

Menerusi video sama, lelaki berkenaan turut mendakwa pernah membuat aduan berhubung salah laku polis, namun tiada tindakan diambil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Ayob pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Ayob pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia