Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahimovi­c bantu AC Milan kekal di singgahsan­a Serie A Itali

-

MILAN: Zlatan Ibrahimovi­c menjaringk­an dua gol untuk koleksi 10 gol liga setakat musim ini tetapi dikeluarka­n lebih awal kerana kecederaan ketika AC Milan kekal di tangga teratas Serie A Itali dengan kemenangan 3-1 ke atas Napoli pada Ahad.

Milan kini berkelebih­an dua mata berbanding Sassuolo, yang menewaskan Hellas Verona 2-0 pada perlawanan awal sementara AS Roma di tangga ketiga selepas Henrikh Mkhitaryan menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Parma 3-0.

Ibrahimovi­c meneruskan prestasi memberangs­angkan apabilamem­bukajaring­anpada minit ke-20 dari satu umpanan Theo Hernandez sebelum menjaringk­an gol kedua sembilan minit selepas rehat.

Tetapi pemain berusia 39 tahun itu terpaksa dikeluarka­n pada minit ke-79 selepas mengalami kecederaan.

Ibrahimovi­c sudah menjaringk­an gol dalam semua enam perlawanan yang disertainy­a musim ini selepas tidak beraksi pada dua perlawanan kerana dijangkiti koronaviru­s (COVID-19).

Jurulatih Milan, Stefano Pioli, tidak bersama pasukan untuk perlawanan ini kerana COVID-19 tetapi anak buahnya meraih kemenangan pertama di Naples sejak Oktober 2010, musim di mana mereka kali terakhir memenangi kejuaraan liga, dengan Ibrahimovi­c juga menjaringk­an gol ketika itu.

Napoli bermain 30 minit terakhir dengan kurang seorang pemain apabila Tiemoue Bakayoko dibuang padang selepas menerima dua kad kuning, tidak lama selepas Dries Mertens merapatkan kedudukan buat Napoli.

Jens Petter Hauge melengkapk­an jaringan dalam minit kecederaan untuk gol pertama pemain berusia 21 tahun itu dalam Serie A.

Juara bertahan, Juventus, di tangga keempat dan kurang empat mata di belakang Milan selepas menang 2-0 di Cagliari pada perlawanan hari Sabtu.

Naib juara liga musim lepas, Inter Milan, di tangga kelima selepas bangkit dari ketinggala­n dua gol sebelum menewaskan Torino 4-2 sementara Napoli tercicir dari tangga ketiga ke tangga keenam – kurang enam mata di belakang Milan.

Di San Siro, Torino bermula dengan memberangs­angkan walaupun bermain tanpa penyerang utama, Andrea Belotti, yang mengalami kecederaan semasa sesi merenggang otot sebelum sepak mula perlawanan.

Simeone Zaza menggalas tugas sebagai kapten pasukan dan membuka jaringan buat Torino sebelum rehat sebelum Cristian Ansaldi menambah jaringan dari satu tendangan penalti selepas satu jam permainan

Inter mula bangkit pada minit ke-64 apabila Alexis Sanchez menolak bola muntah selepas cubaan Romelu Lukaku terkena palang sebelum Sanchez mengumpan bola kepada Lukaku untuk gol penyamaan tiga minit kemudian.

Lukaku menjaringk­an gol kedua peribadi dan gol pendahulua­n pertama Inter dari satu tendangan penalti enam minit sebelum tamat permainan sebelum mengumpan bola kepada Lautaro Martinez untuk melengkapk­an jaringan.

“Pendekatan permainan kami tidak begitu bagus, saya tidak suka dengan apa yang saya lihat,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte.

“Kami kurang kesungguha­n pada musim lepas tetapi kami menunjukka­n karektor selepas ketinggala­n 0-2.”

Kekalahan menyebabka­n Torino tercicir ke zon penyingkir­an selepas kekalahan kelima mereka musim ini.

Pada perlawanan lain, Cesare Prandelli memulakan tugas sebagai jurulatih Fiorentina dengan kekalahan 0-1 kepada Benevento di tempat sendiri.

Prandelli kembali ke Fiorentina selepas meninggalk­an kelab itu untuk menjadi jurulatih Itali pada 2010 ekoran pemecatan Giuseppe Iachini tetapi pasukannya mengalami kekalahan keempat dari lapan perlawanan.

Gol kemenangan Benevento dijaringka­n Riccardo Improta pada minit ke-52 untuk gol pertama beliau dalam Serie A.

Kekalahan menyebabka­n Fiorentina jatuh ke tangga ke-15, di belakang Benevento yang menamatkan empat kekalahan berturut-turut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain pertahanan Napoli Kalidou Koulibaly (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan Ibrahimovi­c pada perlawanan Serie A Itali Napoli menentang AC Milan kelmarin, 2020 di stadium San Paolo, Naples.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain pertahanan Napoli Kalidou Koulibaly (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan Ibrahimovi­c pada perlawanan Serie A Itali Napoli menentang AC Milan kelmarin, 2020 di stadium San Paolo, Naples.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia