Utusan Borneo (Sarawak)

Ketandusan aksi kompetitif

Cheng Hoe bimbang kecergasan pemain menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

-

Sebagai jurulatih saya bimbang dengan situasi pasukan. Ia satu jurang (prestasi) besar kerana kita (Malaysia) masih ada tiga lagi perlawanan terakhir yang cukup penting tetapi tidak sekali pun kami menjalani latihan pusat atau bermain perlawanan antarabags­a pada

2020 ini.

KUALA LUMPUR: Tahap kecergasan pemain menjadi perkara pokok buat ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe menjelang pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac tahun depan.

Cheng Hoe berkata kebimbanga­n tercetus kerana pemain negara ketandusan aksi kompetitif berikutan tiada perlawanan antarabang­sa selain aksi Liga Malaysia (Liga-M) dikurangka­n serta pembatalan saingan Piala Malaysia musim ini.

Beliau berkata persediaan rapi pasukan pada 2019 menyaksika­n skuad kebangsaan mencapai momentum terbaik hingga berjaya menduduki tangga kedua Kumpulan G selepas melakar kemenangan penting ke atas Indonesia dan

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya

Thailand.

“Sebagai jurulatih saya bimbang dengan situasi pasukan. Ia satu jurang (prestasi) besar kerana kita (Malaysia) masih ada tiga lagi perlawanan terakhir yang cukup penting tetapi tidak sekali pun kami menjalani latihan pusat atau bermain perlawanan antarabags­a pada 2020 ini.

“Sudah tentu kita risau keselamata­n dan kesihatan pemain tetapi dalam bola sepak jika lama tidak beraksi memang boleh jejasskuad kan keseluruha­n prestasi. Ditambah dengan mental dan fizikal terganggu kerana liga banyak kali ditunda dan terpaksa buat latihan sendiri di rumah,” katanya kepada Bernama semalam.

Musim 2019 menyaksika­n Harimau Malaya merekodkan sembilan kemenangan dalam keseluruha­n 13 perlawanan, termasuk aksi persahabat­an Tier 1 sejak muncul naib juara Piala AFF 2018 dengan empat daripadany­a menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi.

Malaysia dijadualka­n berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam masing-masing pada 25 dan 30 Mac, sebelum aksi terakhir menentang Thailand pada Jun tahun depan.

Dalam pada itu, Cheng Hoe mengakui kepadatan kalendar 2021 mengambil kira saingan Liga-M yang membuka tirai pada Februari, menyaksika­n kemungkina­n pemain kebangsaan dapat dikumpulka­n pada pertengaha­n Mac.

Cheng Hoe berkata situasi itu menambah cabaran dihadapiny­a dalam menyediaka­n pasukan terbaik tatkala pasukan lawan terutama UAE dan Vietnam telah memulakan persiapan lebih awal.

“Kalau fikir tugas ini susah, ya, memang susah tetapi sebagai jurulatih saya ambil ini sebagai cabaran dan perlu fikir secara positif. Kalau lihat pasukan lain telah buat persiapan cukup rapi dan baik, yang penting saya perlu ada keyakinan kepada pemain.

“Saya harap mereka (pemain) juga dapat menyediaka­n diri dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik untuk harungi jadual padat 2021 supaya mereka dalam keadaaan bersedia sekiranya dipanggil menyertai kem latihan pusat,” kata pengendali berusia 52 tahun itu. — Bernama

Tan Cheng Hoe

 ??  ??
 ??  ?? CHENG HOE
CHENG HOE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia