Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah pekerja ladang di Batang Lassa hangus

Dianggarka­n 200 terjejas, semua dokumen dan harta benda di pejabat bersebelah­an turut musnah

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Dianggarka­n 200 penghuni kehilangan tempat tinggal selepas kebakaran meranapkan 10 pintu rumah pekerja di sebuah ladang di Batang Lassa, dekat sini dinihari semalam. Ketua Bomba Zon 4 Janggan Muling berkata, jumlah sebenar mangsa yang terjejas belum dapat dipastikan berikutan semua dokumen dan harta benda hangus dalam kebakaran pada jam 12.30 tengah malam itu.

“Jumlah penghuni yang tinggal di 10 pintu rumah pekerja dianggarka­n lebih kurang 200 orang dan semua dokumen yang disimpan di pejabat yang bersambung dengan rumah pekerja itu turut musnah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un katanya, tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 pagi.

Setiba di lokasi, pihak bomba berhadapan kesukaran memadamkan api kerana hanya menggunaka­n air parit.

Katanya, pasukan yang diketuai komander operasi Johnny Anyom memaklumka­n jentera tidak dapat masuk ke lokasi kebakaran kerana

jalan sempit dan rosak.

“Jarak dari balai ke lokasi dianggarka­n 47 kilometer (km), manakala jarak antara jentera menuju ke kawasan kebakaran dianggarka­n 17km.

“Pasukan terpaksa menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda milik pihak ladang untuk membawa kelengkapa­n pemadaman ke lokasi,” katanya.

Janggan berkata, kesemua 10 pintu rumah pekerja telahpun terbakar 100 peratus setibanya mereka di lokasi.

“Pasukan bomba hanya membuat penilaian dan terus bertindak memadamkan sisa-sisa bara api sahaja menggunaka­n satu aliran 600 kaki dua nozel menggunaka­n pam angkut mengepam air terbuka dari parit yang berdekatan ladang sehingga api padam sepenuhnya,” jelasnya lanjut

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5 pagi.

“Jumlah penghuni yang tinggal di 10 pintu rumah pekerja dianggarka­n lebih kurang 200 orang dan semua dokumen yang disimpan di pejabat yang bersambung dengan rumah pekerja itu turut musnah.

Janggan Muling

Ketua Bomba Zon 4

 ??  ?? SELESAI: Anggota bomba sedang memadamkan sisa-sisa kebakaran di tempat kejadian.
SELESAI: Anggota bomba sedang memadamkan sisa-sisa kebakaran di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia