Utusan Borneo (Sarawak)

Judi dalam talian: Enam warga Indonesia didenda RM80,000

-

KUCHING: Enam warga Indonesia masing-masing didenda RM80,000 di Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah mengendali­kan aktiviti judi dalam talian di sebuah rumah teres tiga tingkat di Windsor Estate dekat sini pada 28 Oktober lalu.

Majistret Zaiton Anuar juga menetapkan Eric Sanjaya, Lusiana, Liaw Chui Jung, Frankie, Stefanus Sanjaya dan Cellin Agustin yang berusia antara 19 hingga 24 tahun itu dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu rakan mereka, dua lelaki warga tempatan iaitu Lee Kok Kuah, 25, dan Phang Yee Chun, 26, serta enam warga Indonesia lain masing-masing mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang sama.

Tertuduh warga Indonesia yang berusia antara 19 hingga 29 tahun itu terdiri daripada Lim Mi Cin, Arpen Donius, Devi Andayani, Yuda Istianto, Fendi Tjhong dan Hendro.

Mengikut pertuduhan, sepuluh lelaki dan empat wanita tersebut didakwa mengendali­kan kegiatan judi dalam talian menggunaka­n lapan set komputer pada 28 Oktober lalu, jam lebih kurang 3 petang di sebuah rumah di Jalan Benggang di sini.

Pihak polis turut merampas beberapa komputer, modem dan telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk menjalanka­n kegiatan berkenaan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 bagi setiap mesin judi dan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Zaiton menetapkan 7 Januari 2021 untuk pengurusan kes serta membenarka­n Lee dan Phang dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Bagi tertuduh warga Indonesia pula, empat daripada mereka dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM3,000 setiap seorang, manakala dua lagi yang telah tamat tempoh visa direman lanjut sehingga sebutan kes berikutnya.

Lee dan Phang diwakili peguam Lim Lian Kee manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia