Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar disyaki miliki dadah ditangkap

-

MUKAH: Seorang pelajar lelaki di sebuah institut kemahiran awam di sini ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphet­amine di Jalan Kampung Petanak, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, pelajar berusia 16 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik semasa sedang duduk di atas motosikal yang diparkir di tepi jalan di lokasi tersebut sekitar jam 8.15 pagi.

“Suspek yang ditahan, seorang lelaki berusia 16 tahun, berbangsa Melanau merupakan pelajar di sebuah institut kemahiran awam di Mukah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n polis telah merampas satu plastik lutsinar mengandung­i dua peket kecil lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki jenis Methamphet­amine seberat 1.51 gram.

Katanya, suspek ditahan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk siasatan lanjut.

Jimmy berkata, hasil ujian saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah.

Menurutnya, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

“Suspek akan dimohon reman selama empat hari bermula 25 hingga 29 November ini untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

 ??  ?? BAHAN KES: Dadah yang dirampas daripada pelajar berusia 16 tahun terbabit.
BAHAN KES: Dadah yang dirampas daripada pelajar berusia 16 tahun terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia