Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja lelaki didakwa rogol gadis bawah umur

-

MIRI: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Juvana terbabit, 17, dari Jalan Lusut 3 Off Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 pagi, 28 Oktober lalu di rumahnya di Jalan Lusut 3 Off Taman Tunku di sini.

Tiada pengakuan salah tertuduh direkodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Majistret Md. Syafique Md. Hilmie membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan lanjut kes.

Sementara itu, juvana terbabit dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia