Utusan Borneo (Sarawak)

Anak kerbau terjatuh ke dalam parit diselamat

-

MIRI: Seekor anak kerbau yang terperangk­ap selepas terjatuh ke dalam parit di kawasan perumahan Taman Milea, Eastwood Industrial Park, Jalan Miri Bypass di sini, berjaya diselamatk­an anggota bomba pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.40 pagi.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rorudi Umas bergegas ke lokasi sejurus panggilan kecemasan diterima.

“Tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seekor anak kerbau di dalam parit dekat kawasan perumahan tersebut seperti yang dilaporkan.

“Operasi mengeluark­an anak kerbau dari dalam parit dijalankan dengan menggunaka­n hos bomba dan ‘webbing’ sehingga anak kerbau berjaya diangkat keluar dari dalam parit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

 ??  ?? TERJATUH: Anggota bomba berusaha menyelamat­kan anak kerbau yang terperangk­ap di dalam parit di kawasan perumahan tersebut.
TERJATUH: Anggota bomba berusaha menyelamat­kan anak kerbau yang terperangk­ap di dalam parit di kawasan perumahan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia