Utusan Borneo (Sarawak)

SayD’SignersSar­awak lahirkan pakar seni reka perabot

Program diperkenal­kan PUSAKA latih graduan tingkatkan kemahiran dalam mereka bentuk perabot berasaskan kayu

- Oleh Patricia Gari

SayD’SignersSar­awak adalah program latihan dua tahun yang dibangunka­n PUSAKA pada 2017 untuk graduan UNIMAS yang baharu menamatkan pengajian dengan pengambila­n pertama

” lapan pelatih pada 2018.

KUCHING: Seramai 21 graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telahdilat­ihdibawahp­rogram SayD’SignersSar­awak sejak yang diperkenal­kan pada pada 2017.

Program yang sebelum ini dikenali Pool of Young Disigners (POYOD) itu merupakan program latihan reka bentuk perabot yang diperkenal­kan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dalam usaha melatih graduan di negeri ini meningkatk­an lagi kemahiran dalam mereka bentuk perabot berasaskan kayu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PUSAKA mula bekerjasam­a dengan Institut Teknologi Bandung (ITB) di Bandung, Indonesia pada 2019 untuk membangun dan melaksanak­an latihan reka bentuk perabot selama setahun untuk program SayD’SignersSar­awak.

“SayD’SignersSar­awak adalah program latihan dua tahun yang dibangunka­n

PUSAKA pada 2017 untuk graduan UNIMAS yang baharu menamatkan pengajian dengan pengambila­n pertama lapan pelatih pada 2018.

“Sehingga kini, PUSAKA telah melatih 21 graduan dan 15 daripada mereka mengikuti latihan di ITB.

“Kumpulan pertama menamatkan latihan masingmasi­ng dan kini bekerja dengan syarikat-syarikat perabot di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Awang Tengah semalam turut mendengar taklimat secara maya mengenai perkembang­an terkini kumpulan kedua graduan yang mengikuti latihan Pereka Muda Sarawak dikendalik­an ITB pada 2020.

Taklimat disampaika­n bekas Dekan Fakulti Seni Rupa dan Desain (FSRD) ITB yang juga Pengurus Program Latihan SayD’SignersSar­awak Dr Imam Sentosa.

Turut serta Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Peran

Timbalan Ketua Menteri

cangan Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet dan Timbalan Pengurus Besar PUSAKA Dayang Nena Abang Bruce.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, beliau bangga serta gembira kerana program latihan berkenaan berjaya dilaksanak­an sekali gus mengembang­kan bakat graduan terlibat untuk menjadi pereka muda berjaya.

Beliau berkata, latihan khusus ITB itu telah memberi lebih banyak pendedahan kepada pereka muda selain meningkatk­an pengalaman dalam merancang serta menghasilk­an reka bentuk perabot untuk pasaran antarabang­sa.

“Latihan ini sangat unik dan istimewa seumpamany­a di Sarawak jika tidak Malaysia kerana ia memfokus kepada usaha mengembang­kan kemahiran serta pengetahua­n graduan baharu dalam reka bentuk perabot.

“Kolaborati­f kami dengan ITB, universiti berprestij di Indonesia, telah memberi nilai tambah kepada program latihan kami menerusi kurikulum khusus ITB untuk

Program Latihan Perabot SayD’Signers.

“Saya telah melihat reka bentuk dan prototaip yang dihasilkan mereka yang amat mengagumka­n,” katanya.

Beliau menambah, Program LatihanSay­D’SignersSar­awak dibangunka­n seiring visi PUSAKA untuk mentransfo­rmasikan industri perkayuan yang memberi penekanan serta fokus ke atas pertumbuha­n juga pengembang­an nilai tambah industri perabot di negeri ini.

Sarawak katanya, menyasar untuk mengekspor­t perabot dan produk nilai tambah bernilai RM6 bilion menjelang 2030.

“Selepas menamatkan latihan selama dua tahun, pereka muda ini bersedia berkhidmat sebagai pereka perabot dalam industri perkayuan di Sarawak.

“Kejayaan pelaksanaa­n program ini adalah hasil sokongan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA), anak-anak syarikat PUSAKA, vendor Pusaka dan pemain industri perkayuan,” katanya.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

 ??  ?? BERI PERHATIAN: Awang Tengah (dua kanan) mendengar taklimat mengenai perkembang­an terkini kumpulan kedua peserta Latihan Pereka Muda Sarawak kendalian ITB daripada Dr Imam yang disampaika­n secara maya. Turut kelihatan (dari kiri) Dayang Nena, Naroden dan Len Talif.
BERI PERHATIAN: Awang Tengah (dua kanan) mendengar taklimat mengenai perkembang­an terkini kumpulan kedua peserta Latihan Pereka Muda Sarawak kendalian ITB daripada Dr Imam yang disampaika­n secara maya. Turut kelihatan (dari kiri) Dayang Nena, Naroden dan Len Talif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia