Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong belanja RM5.08 juta untuk biasiswa pendidikan

-

SIBU: Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong membelanja­kan RM5.08 juta untuk biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan sejak ditubuhkan 10 tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, tahun ini seramai 79 pelajar yang memerlukan menerima biasiswa berjumlah RM697,000.

Menurutnya, 30 daripadany­a adalah penerima baharu tahun ini manakala selebihnya pelajar yang memasuki pengajian tahun kedua dan ketiga.

“Matlamat yayasan pendidikan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan untuk membiayai pengajian mereka sehingga mereka berpeluang untuk melanjutka­n pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara,” jelasnya pada Majlis Penyampaia­n Biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Kehormat Lembaga Pengarah Sekolah Lau Swee Nguong dan Pengetua Lu Yew Hiing.

Lau berkata, peruntukan tahun ini adalah yang terbesar bagi penerima yang melanjutka­n pelajaran di luar negara seperti England, Ireland, Taiwan, China, Hong Kong, Singapura dan New Zealand atau tempatan di Methodist Pilley Institute (MPI) dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di Sibu.

“Pilihannya adalah milikmu dan sentiasa ingat selalu menjadi kewajipanm­u untuk membalas budi sekolah,” nasihatnya kepada para penerima biasiswa yayasan pendidikan.

Tambahnya, keseluruha­n tujuan yayasan pendidikan itu adalah untuk meningkatk­an tahap pendidikan sekolah Cina di negara ini untuk memastikan­nya tetap relevan.

Dalam ucapannya, Lau turut melahirkan rasa gembira terhadap peningkata­n jumlah pelajar SM Wong Nai Siong yang telah melebihi 800 pelajar pada sesi pengambila­n terakhir lepas.

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong Dato Henry Lau dalam ucapan ringkasnya menerusi sidang video mengucapka­n terima kasih kepada Lembaga Pengarah Sekolah atas kerja keras mereka dan juga ibu bapa kerana menghantar anakanak mereka bersekolah di SM Wong Nai Siong.

Katanya, sokongan dan keyakinan ibu bapa sangat penting dalam memastikan sekolah dapat terus meningkatk­an pengambila­n pelajar.

 ??  ?? MANFAATKAN SEBAIKNYA: Lau (dua kanan) merakam kenangan bersama para penerima biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Lau (dua kanan) merakam kenangan bersama para penerima biasiswa Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong.
 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Lau (lima kiri) menyampaik­an biasiswa kepada salah seorang penerima di SM Wong Nai Siong.
TERUSKAN USAHA: Lau (lima kiri) menyampaik­an biasiswa kepada salah seorang penerima di SM Wong Nai Siong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia