Utusan Borneo (Sarawak)

260 sekolah rendah di tebingan sungai akan dipindah

Ia fokus utama kerajaan negeri kini kerana sekolah-sekolah berkenaan sentiasa terjejas banjir apabila musim hujan

- Oleh Jessica Jawing

Ini fokus utama kita kerana setiap tahun kita akan mengalami sekolah terjejas banjir dan kita berasakan sekolah-sekolah ini perlu dipindahka­n ke tempat atau kawasan tanah lebih

” tinggi.

Datuk Amar Michael Manyin Jawong

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 260 sekolah rendah berhampira­n tebingan sungai di negeri ini akan dipindahka­n ke kawasan tanah lebih tinggi, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Menurut beliau, ia menjadi fokus utama kerajaan negeri kini memandangk­an sekolahsek­olah berkenaan sentiasa terjejas banjir apabila musim hujan.

“Ini fokus utama kita kerana setiap tahun kita akan mengalami sekolah terjejas banjir dan kita berasakan sekolah-sekolah ini perlu dipindahka­n ke tempat atau kawasan tanah lebih tinggi.

“Kita tahu ia mungkin memakan masa kerana kita perlu mencari tapak serta perlu mendapat kelulusan Jabatan

Tanah dan Survei (JTS) yang mengambil masa satu hingga dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita menghadiri majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa mengenaiTe­knologidan­Sains Inovasi untuk Penyelidik­an dan Pendidikan (InnoSTRE) Edisi Khas 2020 anjuran UiTM cawangan Sarawak yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Joharu Tun Openg di UiTM di sini, semalam.

Manyin berkata, langkah untuk memindahka­n sekolah berkaitan ke kawasan lebih tinggi adalah lebih baik berbanding kerajaan perlu menyalurka­n bantuan menaik taraf setiap tahun.

Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan sedang berusaha menaik taraf sekolah daif di negeri ini.

Sementara itu berhubung isu lain, Manyin berkata, ia

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

sudah menjadi prerogatif kementeria­nnya untuk menyediaka­n komputer Raspberry Pi kepada 1,256 sekolah rendah di negeri ini.

Menjawab kepada kenyataan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii sebelum ini Manyin berkata, pengagihan itu harus dibenarkan kerana ia sejajar dengan objektif kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Beliau menjelaska­n, Sarawak Informatio­n Systems Sdn. Bhd (SAINS) yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan membekalka­n semua komputer Raspberry berkenaan.

“SAINS akan menguruska­n penyewaan, pengedaran, pemasangan, penyediaan latihan dan memberikan jaminan selama tiga tahun.

“Sekiranya ada di antaranya rosak, ia akan diganti,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERBAIK: Abang Johari menandatan­gani plak Pusat Penyelidik­an Herba dan Produk Halal dan Pusat Penyelidik­an Perubatan Etno sebagai simbolik usahasama UiTM Sarawak dan Universiti Beijing Wuzi dan Persatuan ACEC, semalam.
— Gambar Chimon Upon TERBAIK: Abang Johari menandatan­gani plak Pusat Penyelidik­an Herba dan Produk Halal dan Pusat Penyelidik­an Perubatan Etno sebagai simbolik usahasama UiTM Sarawak dan Universiti Beijing Wuzi dan Persatuan ACEC, semalam.
 ??  ?? SIAP: Regina menyerahka­n dokumen projek pembinaan jalan di Semaring kepada TR Atat mewakili penduduk rumah panjang.
SIAP: Regina menyerahka­n dokumen projek pembinaan jalan di Semaring kepada TR Atat mewakili penduduk rumah panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia