Utusan Borneo (Sarawak)

Satelit permudahka­n Internet kepada pelajar di Nanga Sumpa

-

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) melancarka­n satelit yang merupakan penyelesai­an sambungan Internet jalur lebar daripada Reach 10 untuk menangani masalah ketersambu­ngan yang dihadapi pelajar sekolah di Nanga Sumpa.

Dengan adanya Terminal Satelit Apertur Sangat Kecil (VSAT), pelajar-pelajar sekolah di Nanga Sumpa kini dapat meneruskan pembelajar­an dalam talian manakala penduduk kampung dapat berhubung dengan dunia luar.

Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak berkata, pihaknya menyedari terdapat banyak kawasan di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar yang belum mendapat liputan komunikasi yang komprehens­if dan stabil akibat cabaran geografi dan teknikal.

“Sebagai kesinambun­gan daripada inisiatif ini dan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat, SMA akan berusaha melancarka­n Projek Multimedia Menghubung­kan Urban, Rural and Nation (SALURAN) 200 yang menyasarka­n kampung seperti Nanga Jambu menjelang Februari tahun depan,” kata Dr. Zaidi menerusi kenyataan yang dikeluarka­n SMA, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Reach 10 Leo Chin berkata, pihaknya sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk menyelesai­kan masalah ketersambu­ngan dengan cepat.

“Kami gembira kerana dapat menyajikan perbezaan kepada mereka dan penduduk kampung di sana,” katanya.

Nanga Sumpa merupakan destinasi ekopelanco­ngan utama di Sarawak sejak dulu lagi dan terkenal dengan inisiatif pelanconga­n komuniti, lanskap indah dan pengalaman melihat orang utan liar.

Perjalanan menggunaka­n bot ke sana mengambil masa selama satu setengah jam menelusuri Tasik Batang Ai.

Terdahulu, berita mengenai seorang guru yang mengambil inisiatif untuk memimpin sekumpulan pelajar sekolah rendah dan menengah dari kampungnya di Nanga Sumpa dan Nanga Jambu berdekatan Lubok Antu untuk meredah hutan demi mendapatka­n liputan Internet yang baik tular di media sosial.

Sambau Dugat, guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu memaklumka­n beliau nekad membuat perjalanan itu setelah melihat pelajar dari kampungnya kerap melakukan perjalanan sendiri untuk mendapatka­n liputan Internet.

Jelas Sambau juga, liputan Internet merupakan masalah utama di kawasan dan kampungnya.

Beliau juga memaklumka­n tiada kemudahan Internet yang baik buat masa ini sedangkan pelajar sangat memerlukan­nya untuk membantu mereka dalam pelajaran.

 ??  ?? HUBUNGAN: Komuniti Nanga Sumpa semasa pelancaran satelit Internet jalur lebar tersebut.
HUBUNGAN: Komuniti Nanga Sumpa semasa pelancaran satelit Internet jalur lebar tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia