Utusan Borneo (Sarawak)

JASA dijenamaka­n semula sebagai J-KOM dengan peranan, fungsi berbeza: Saifuddin

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menjenamak­an semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaik­an maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.

“Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunk­an komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalka­n budaya ilmu, berkemahir­an digital dan menghayati makna dan fokus patriotism­e dengan menggunaka­n pendekatan ‘penghakupa­yaan komuniti’,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat semalam.

Saifuddin turut memaklumka­n bahawa fungsi

J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (JAPEN) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanak­an komunikasi strategik membudayak­an norma baharu susulan pandemik COVID-19.

JAPEN pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.

Katanya fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.

Bagi menjawab celahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu merupakan ejen penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda selain menegaskan ketua pengarah serta timbalanny­a tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.

“Saya bagi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda. Proses (lantikan) mengikut Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) ada kriteria dan kriteria utama merupakan celik IT.

“Saya beri jaminan ketua pengarah dan timbalan (ketua) pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik, ia harus kombinasi (golongan) profesiona­l dan pegawai tadbir yang baik serta bersahsiah tinggi,” katanya.

Beliau berkata lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.

Mengulas mengenai peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu tinggi, Saifuddin tanpa mendedahka­n jumlah itu memberi bayangan peruntukan itu akan dikurangka­n.

Katanya, penguranga­n peruntukan itu boleh dibuat berikutan peruntukan J-KOM berdasarka­n jumlah daerah dan bukannya peruntukan mengikut jumlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia