Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk perlu bekerjasam­a dengan tuai rumah, kata Rosey

-

MIRI: Penduduk rumah panjang di dalam konstituen­si Bekenu digesa untuk terus bekerjasam­a dengan ketua atau tuai rumah panjang masing-masing.

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, sokongan daripada penduduk rumah panjang ketua masing-masing sangat penting untuk memastikan segala perkara yang berkaitan dengan rumah panjang dapat dijalankan dengan lancar.

“Sekiranya anda ingin melihat rumah panjang anda terus maju, anda mesti bekerjasam­a dengan tuai rumah panjang anda.

“Jangan dengar janji kosong yang diberikan oleh orang-orang yang tidak bertanggun­gjawab mengenai pembanguna­n.

“Mereka hanya mahu memecahbel­ahkan perpaduan kita,” katanya semasa berucap ketika melawat rumah panjang Tuai Rumah (TR) Renang di Jalan Miri-Bintulu kelmarin.

Pada masa yang sama, Rosey yang juga ADUN Bekenu menggesa penduduk rumah panjang untuk terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Semasa lawatan itu juga, beliau turut memberitah­u penduduk rumah panjang bahawa peruntukan kerajaan sebanyak RM50,000 akan disalurkan kepada Rumah Jenang setelah selesai semua proses pengurusan untuk membina rumah panjang baru untuk mereka.

Selain itu, dia juga telah mengumumka­n peruntukan kerajaan di bawah peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang terbabit.

Beliau memberitah­u, jumlah peruntukan RM3,000 adalah untuk biro wanita rumah panjang dan bakinya RM2,000 untuk membiayai aktiviti keagamaan rumah panjang.

 ??  ?? LAWAT: Rosey (dua kanan) bersama penduduk rumah panjang semasa lawatan beliau ke Rumah Jenang, kelmarin.
LAWAT: Rosey (dua kanan) bersama penduduk rumah panjang semasa lawatan beliau ke Rumah Jenang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia