Utusan Borneo (Sarawak)

Usulkan rang undang-undang di Parlimen, lanjut tempoh DUN: AAS

-

KUCHING: Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) menggesa kerajaan persekutua­n untuk mengusulka­n Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen untuk meminda Perlembaga­an Sarawak bagi membolehka­n tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang dilanjutka­n.

Presiden AAS Ranbir Singh Sangha berkata, ia penting untuk mengelakka­n gelombang baharu COVID19 di seluruh negara.

“AAS menerima baik usul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu di DUN pada 11 November lalu yang mengutarak­an tempoh DUN dilanjutka­n sehingga enam tahun atau sehingga Parlimen terbubar.

“Ia juga membolehka­n Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) tidak diadakan dalam waktu terdekat ketika kes COVID-19 di negeri ini masih membimbang­kan,” ujar Ranbir menerusi kenyataan media kelmarin.

Jelas Ranbir juga, pindaan sebegini pernah dilakukan sebelum ini, ketika Suruhanjay­a Pilihanray­a (SPR) menghadapi kesukaran untuk mengadakan pilihan raya pertama di Sarawak.

Tempoh Majlis Negri (kini DUN) pada 1968 katanya, telah dilanjutka­n untuk tamat bersama dengan Parlimen 1969, yang melebihi tempoh kebiasaan iaitu lima tahun.

“Untuk memudahkan pelaksanaa­n penangguha­n ini, pindaan sementara dibuat ke atas Perlembaga­an Persekutua­n dalam usaha melanjutka­n tempoh Majlis Negri, diikuti dengan pindaan Perlembaga­an Sarawak,” kata Ranbir.

Dalam pada itu Ranbir memaklumka­n yang pihaknya akan membuat representa­si kepada Persekutua­n dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak tidak lama lagi sebagai langkah berjaga-jaga dalam memastikan demokrasi terpelihar­a semasa melakukan pindaan tersebut.

Tegas beliau, keadaan ketika pandemik ini lebih sulit jika dibandingk­an dengan situasi yang berlaku pada 1968.

Beliau juga tidak menolak kesulitan yang akan dihadapi terhadap perubahan politik sekiranya pindaan sedemikian diusulkan di Parlimen.

“Walaupun terdapat kesukaran kelak, Ahli Parlimen telah membuktika­n pada 2019 yang mereka mampu bertindak secara sebulat suara dalam meluluskan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n di Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

“Justeru, AAS menyeru semua Ahli Parlimen untuk menegakkan sumpah mereka dalam melindungi, memelihara dan mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n yang menjamin hak rakyat Malaysia dengan menyokong pindaan RUU tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia