Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kawasan di Baram dilanda banjir

-

MIRI: Dua kawasan iaitu Long Atip dan Long Lenei, Baram dekat sini dilanda banjir pagi semalam akibat hujan lebat kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, bagi kawasan Long Atip, paras air mulai naik terutamany­a di kawasan yang rendah.

“Laporan yang diterima setakat jam 7.30 pagi tadi mendapati kira-kira 60 peratus kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Atip dilanda banjir dianggarka­n setinggi satu kaki.

“Kesemua murid dilaporkan berada di rumah masing-masing di kampung dan Miri,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Sementara itu, di SK Long Lenei pula dilaporkan keadaan air menaik dengan 70 peratus kawasan sekolah banjir dengan paras air antara lima hingga 15 sentimeter.

Bagaimanap­un menurut Law, setakat berita ini ditulis petang semalam belum ada lagi proses pemindahan dibuat dan keadaan masih terkawal.

 ??  ?? TERJEJAS: Keadaan SK Long Lenei, Baram yang dilanda banjir pagi semalam.
TERJEJAS: Keadaan SK Long Lenei, Baram yang dilanda banjir pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia