Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK Batu Biah anjur tamu mini Sabtu ini

-

LIMBANG: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Batu Biah bakal mengadakan pasar tamu mini pada Sabtu ini.

Pengerusi JKKK yang juga Ketua Kampung Batu Biah Ibrahim Sahat berkata, tamu mini itu diyakini mampu menjana pendapatan bagi penduduk perimahan itu yang akan menjual bunga, sayur, makanan, kuih muih dan minuman.

“Dengan adanya pasar mini itu, maka secara langsung ia dapat memudahkan penduduk perumahan Batu Biah menjual produk pertanian mereka.

“Pada masa sama, ia memberi peluang kepada penduduk untuk menjana pendapatan khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanak­an,” katanya pada mesyuarat kelmarin.

Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahka­n tamu mini itu nanti yang bermula jam 7 pagi hingga tengah hari.

Jelasnya, JKKK Batu Biah amat memahami kesukaran yang dihadapi penduduk perumahan Batu Biah yang juga terkesan dengan ekonomi serba mencabar ekoran pandemik COVID-19.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Ibrahim (tiga kanan) pada mesyuarat bersama JKKK Batu Biah kelmarin.
SERTAI KAMI: Ibrahim (tiga kanan) pada mesyuarat bersama JKKK Batu Biah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia