Utusan Borneo (Sarawak)

Perancanga­n ekonomi Sarawak mantap di bawah kepimpinan GPS, kata Harden

-

SRI AMAN: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai perancanga­n ekonomi yang tersusun dengan perolehan sumber kewangan yang kukuh hasil kebijaksan­aan pemimpinny­a.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, di kawasan Batu Lintang, Undop umpamanya projek jalan luar bandar Ulu Paku bernilai RM32 juta lengkap dengan parit telah diluluskan dan banyak tanah seberang sungai boleh diterokai dengan pertambaha­n jambatan konkrit dan jambatan gantung.

“Sekarang kerajaan Sarawak mengambil alih projek yang telah dibatalkan kerajaan persekutua­n terdahulu Pakatan Harapan (PH).

“Mereka tidak dapat menunaikan janji malah mengandaik­an Sarawak bankrap dalam tempoh tiga tahun akan datang,” tegasnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Program

Gotong-Royong dan Kempen Kebersihan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Sri Jaya (Dayak) dengan kerjasama Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, pembangkan­g kini sibuk ingin turut serta mengatur peruntukan yang diperolehi kerajaan Sarawak di bawah GPS.

“Semasadala­merapemeri­ntahan parti mereka berkuasa, mereka langsung tidak membantu dalam perjuangan GPS mendapatka­n hak Sarawak mengenakan cukai jualan minyak dan hasil petroleum sehingga ke mahkamah.

“Sekarang mereka melalak ingin menguasai pembanguna­n Sarawak yang telah dicipta kerajaan GPS.

“Berkenaan pembanguna­n, mereka mendakwa tidak ada pembanguna­n namun kelompok ini hipokrit dan menafikan kecemerlan­gan wakil rakyat kawasan agar membenci kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, pengerusi penganjur program Tarang Ayu daripada JKKK

Taman Sri Jaya (Dayak) mengucapka­n terima kasih kepada Francis dan MDSA kerana telah memilih Taman Sri Jaya sebagai lokasi program ini.

Katanya, diharapkan program seumpama ini dapat mengeratka­n silaturahi­m di kalangan peserta di samping membudayak­an kebersihan persekitar­an taman untuk mewujudkan landskap persekitar­an yang bersih dan tersusun.

Hadir sama pada program berkenaan, Walikota Majlis Daerah Sri Aman Anthony Abell Chendan, Penolong Pegawai Tadbir MDSA Regina Giles Senin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an MDSA Fiona Bunu Joseph Lepa, Pemanca Lee Siang Hua dan Penghulu Tiong Chong Onn.

Pada majlis tersebut, Harden meluluskan peruntukan RM20,000 kepada JKKK Taman Sri Jaya (Dayak) untuk pembinaan tandas bagi kegunaan penduduk semasa mengadakan majlis di Dewan Serbaguna Taman Sri Jaya dan mengarahka­n MDSA membuat kertas kerja berkenaan tempat letak kereta di hadapan dewan.

 ??  ?? TURUN PADANG: Harden (empat kanan) bersama penduduk pada program berkenaan.
TURUN PADANG: Harden (empat kanan) bersama penduduk pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia