Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Kamarudin saksikan kecekapan anggota semasa melawat BBP Bintulu

-

BINTULU: Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu yang baharu PgKB II Wan Kamarudin Wan Ahmad menyaksika­n kecekapan anggota bomba dalam tugasan menyelamat semasa lawatan rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu pagi semalam.

Ketibaan beliau disambut Ketua BBP Bintulu

Timbalan Penguasa Bomba I Christus Buson, Ketua Unit Keselamata­n Kebakaran Zon 5 Penguasa Bomba (PgB) Gawai John serta pegawaipeg­awai kanan bomba lainnya.

Dalam lawatan itu, beliau melakukan pemeriksaa­n barisan serta tabik hormat daripada anggota, menyaksika­n demonstras­i Pasukan Gabungan Unit Khas

BBPBintulu,menandatan­gani buku pelawat, merasmikan Sudut Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) BBP Bintulu serta beramah mesra dengan para pegawai dan anggota BBP Bintulu.

Tiga buah BBP di bawah Zon 5 ialah BBP Bintulu, BBP Samalaju dan BBP Tatau yang mana dua lagi balai bomba lain yang akan berada di zon sama dalam masa terdekat ialah BBP Belaga dan BBP Kidurong.

Sepanjang 11 tahun berkhidmat dalam JBPM beliau menyatakan rasa syukursert­aakanmembe­rikan perkhidmat­an terbaik dalam menerajui tugas sebagai ketua zon terbabit dengan harapan dapat menerap semua kemahiran bagi menguruska­n tiga balai bomba ini secara cekap dan teratur.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Wan Kamarudin merakam gambar kenangan bersama pegawai-pegawai kanan BBP Bintulu.
UNTUK ALBUM: Wan Kamarudin merakam gambar kenangan bersama pegawai-pegawai kanan BBP Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia