Utusan Borneo (Sarawak)

Petani, penternak giat dipupuk tingkatkan pengeluara­n

Pelbagai kursus, bantuan disedia agar hasil pertanian dapat ditingkat, tidak terlalu bergantung kepada import makanan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Mereka juga perlu berusaha bersungguh-sungguh mengusahak­an tanah untuk pertanian kerana ia pasti akan membuahkan hasil dan membantu

” meningkatk­an taraf hidup.

TATAU: Kerajaan giat menjalanka­n pelbagai kursus dan bantuan kepada golongan petani dan penternak di negeri ini dalam usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil agar negara dan negeri ini khususnya tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari luar.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ng dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, untuk tujuan itu kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah menyediaka­n pelbagai subsidi dan khidmat nasihat termasuk kursus dan taklimat untuk golongan petani di negeri ini agar mereka dapat memperting­katkan hasil tanaman.

Katanya,untukmenyo­kong usaha itu, bantuan juga diberikan kepada petani yang benar-benar menunjukka­n minat dan telah memulakan sendiri aktiviti pertanian atau ternakan mereka.

Begitupun katanya, golongan petani dan penternak negeri ini perlu merubah cara lama kepada baharu dalam mengusahak­an tanaman dan ternakan mereka seperti yang ditunjuk ajar Jabatan Pertanian supaya mereka dapat mengeluark­an hasil lebih lumayan.

“Mereka juga perlu berusaha bersungguh-sungguh mengusahak­an tanah untuk pertanian kerana ia pasti akan membuahkan hasil dan membantu meningkatk­an taraf hidup,” ujarnya berucap merasmikan penutupan Agricultur­e Community Outreach Programme (AgriCOP) anjuran Jabatan Pertanian

Daerah Tatau di Rumah Salleh, Nanga Bena, Ulu Anap Tatau kelmarin.

Selain itu katanya, cara penanaman dan penjagaan tanaman yang betul perlu diterapkan dalam kalangan golongan petani di rumah-rumah panjang dan kampungkam­pung negeri ini supaya pendekatan itu dapat membantu

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera)

mereka meningkatk­an hasil seterusnya menjana ekonomi lebih baik untuk menampung pendapatan keluarga.

Berkenaan kemudahan bekalan elektrik di Nanga Tau hingga ke Takan katanya, di kawasan itu kerajaan menyediaka­n kemudahan terbabit adalah melalui Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) dengan kos keseluruha­n RM18 juta.

Pada program itu Sikie turut mengumumka­n projek

kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM20,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Salleh untuk membaiki paip rumah panjang tersebut dan RM20,000 lagi untuk Biro Wanitanya.

Beliau turut memaklumka­n mengenai penyerahan 28 cek MRP kepada 28 JKKK rumah panjang dan persatuan kawasan Kakus pada program itu dengan nilai keseluruha­nnya berjumlah RM506,500.

Dalam pada itu, Penolong

Pegawai Pertanian Daerah Tatau, Joseph Mawan berkata, program selama dua hari itu disertai 170 peserta itu membabitka­n taklimat dan ceramah berkaitan teknologi tanaman durian Musang King, tanaman lada, perikanan darat, ilmu berkaitan ternakan disampaika­n oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar serta penggunaan racun.

Jelasnya, program itu untuk memberi pendedahan kepada petani berkaitan penanaman secara komersial, pendedahan ilmu berkaitan cara baharu dalam pertanian, meningkatk­an kemahiran petani serta mengajar cara pembajaan dan penanaman yang betul.

Hadir sama Pengetua Pusat Latihan Pertanian (ATC) Sungai Sebiew Bintulu Senelus Maja, Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Allister Alli dan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny Minggu Ling.

Datuk John Sikie Tayai

 ??  ?? TAHNIAH: Sikie (tiga kiri) menyampaik­an sijil kursus AgriCOP kepada Tuai Rumah Salleh di Nanga Bena, Ulu Anap Tatau kelmarin.
TAHNIAH: Sikie (tiga kiri) menyampaik­an sijil kursus AgriCOP kepada Tuai Rumah Salleh di Nanga Bena, Ulu Anap Tatau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia