Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise anjur ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’

-

KUCHING: Everrise akan menganjurk­an ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’ untuk memberikan peluang kepada pelanggan mereka bagi mengundi jenama pilihan masingmasi­ng.

Peraduan ini akan menampilka­n produk pelbagai jenama dan pelanggan juga boleh menikmati penjimatan berganda apabila membeli jenama kegemaran mereka dalam promosi yang diadakan dari 27 November hingga 13 Disember ini.

Jenama terpilih akan memenangi hadiah sehingga RM15,000.

Pengundian akan berlangsun­g mulai 27 November 2020 dan berakhir pada 31 Januari 2021 dengan baucar tunai RM500, RM1,500 dan RM3,000 untuk direbut.

Antara jenama yang mengambil bahagiaan dalam peraduan ini ialah Pediasure, Ensure, Wyeth, Dumex, Blue Ice, Thalia, Hershey’s, Winkidz, Mas

Cookies, Colgate, Santa Barbara, Jaya Mata, Energizer, Penfolds, Woft Blass, dan eToys.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu memenuhi syarat dengan berbelanja RM30 dalam satu resit (termasuk produk jenama yang mengambil bahagian) dan mengundi jenama kegemaran mereka berdasarka­n jenama yang disenaraik­an.

Pelanggan akan menerima kod QR yang dicetak pada resit dan mereka seterusnya hanya perlu mengimbas kod QR untuk menyertai peraduan.

Pelanggan juga mesti menyimpan resit asal sebagai bukti pembelian dan satu resit hanya boleh digunakan untuk satu undian.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’, pelanggan boleh mendapatka­n buku promosi di cawangan Everrise yang mengambil bahagian atau melayari laman Facebook dan Telegram Everrise.

 ??  ?? JOM SERTAI: Peraduan ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’ anjuran Everrise.
JOM SERTAI: Peraduan ‘Customers’ Most Preferred Brands Contest’ anjuran Everrise.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia