Utusan Borneo (Sarawak)

Geran MRP cara terbaik baiki taraf hidup rakyat

-

BINTULU: Bantuan geran projek kecil luar bandar (MRP) yang disalurkan kerajaan negeri dilihat sebagai cara terbaik bagi memperbaik­i taraf kehidupan rakyat khususnya penduduk di kawasan pedalaman.

Salah seorang penerima, Tuai Rumah Nicholas Sandom, 40, melahirkan rasa penghargaa­n serta terima kasih kepada kerajaan yang menyalurka­n bantuan MRP sebanyak RM30,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan RM20,000 lagi kepada Biro Wanita.

“Jumlah bantuan yang cukup besar itu akan dimanfaatk­an sebaik-baiknya bagi memperbaik­i tahap kehidupan penduduk di bawah jagaan saya termasuk membaiki rumah panjang serta pelbagai program yang mendatangk­an kebaikan kepada seluruh komuniti rumah panjang,” ujarnya.

Justeru katanya, bantuan kepada Biro Wanita di rumah panjangnya akan membolehka­n kaum wanita menjalanka­n program serta mendapatka­n barang yang diperlukan mereka dari semasa ke semasa.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sebauh Ibrahim Suut, 47, berkata sekolah di bawah seliaannya yang pernah mengalami kebakaran blok asrama turut mendapat bantuan bencana sebanyak RM10,000 daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Bantuan sebegini sebagai tepat pada masanya kerana pihak sekolah memerlukan dana yang agak banyak bagi menjalanka­n kerja-kerja pembinaan semula blok asrama yang musnah bagi mendapatka­n barang keperluan serta kelengkapa­n buat pelajar yang turut musnah dalam kebakaran yang berlaku,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menzahirka­n penghargaa­n serta terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi pihak pengurusan sekolah terutama menggantik­an semula perkakasan asrama yang musnah sepenuhnya.

Junit Jimbau, 47, selaku wakil Biro Pendidikan Tuai Rumah Robin Ro, Sungai

Teban berkata, bantuan yang disalurkan akan dimanfaatk­an sebaik-baiknya bagi membantu meningkatk­an tahap pendidikan anak-anak di rumah panjang berkenaan.

“Saya bersama ahli biro yang lain akan memastikan bantuan MRP yang disalurkan ini dapat dimanfaatk­an bagi menyokong persekolah­an anak-anak dari Sungai Teban dalam pelbagai sudut khususnya pembelajar­an dari rumah yang dijalankan pada waktu negara berdepan dengan pandemik COVID-19 ini,” tegasnya.

Pada majlis penyerahan bantuan MRP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena Fasa Ke-4 ini, sebanyak RM656,650 telah disalurkan kepada 23 penerima yang terdiri daripada JKKK, Biro Wanita, NGO dan sekolah di bawah DUN N69 Kemena.

Acara penyerahan yang diadakan di pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kelmarin disampaika­n Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

 ??  ?? NICHOLAS
NICHOLAS
 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM
 ??  ?? JUNIT
JUNIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia