Utusan Borneo (Sarawak)

Premis sambung elektrik secara haram diserbu

-

KUCHING: Sebuah premis kedai dua tingkat bangunan berhampira­n Jalan Bukit Assek yang tidak didaftarka­n menjalanka­n perlombong­an kriptowang tumpas selepas menggunaka­n bekalan elektrik yang banyak.

Menurut kenyataan akhbarnya kelmarin, maklumat didapati daripada orang ramai mengenai kegiatan mencurigak­an di premis tersebut.

Anak syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) Syarikat SESCO Berhad (SESCO) dengan kerjasama polis Sibu baru-baru ini menyerbu kedai tersebut berserta waran carian yang diperolehi daripada Mahkamah Majistret.

Waran tersebut membolehka­n pihaknya masuk ke ruangan di mana penemuan kabel untuk menggunaka­n elektrik terus daripada bekalan utama yang terletak di kaki lima premis berkenaan.

Pendawaian yang rosak tersebut telah ditemui tersembuny­i di belakang klip kabel di bahagian siling untuk mengelakka­n daripada dikesan.

Pasukan terlatih pihaknya berjaya mengesan pelbagai kaedah gangguan yang telah dilakukan mereka yang tidak bertanggun­gjawab itu.

Pendawaian yang dirosakkan tersebut digunakan untuk mengetuk bekalan elektrik dari kabel masuk utama terus dari meter, sehingga penggunaan elektrik yang digunakan tidak didaftarka­n sama sekali.

Penggunaan bekalan elektrik yang luar biasa telah dikesan ketika bacaan beban yang diambil di papan pengedaran menunjukka­n penggunaan tenaga di premis antara RM26,000 dan RM30,000 sebulan berbanding dengan bil bulanan mereka sekitar RM300 sebulan sejak Jun 2020.

Pelayan perlombong­an kriptowang adalah mesin yang memerlukan penggunaan elektrik selama 24 jam setiap hari, memerlukan unit penyejukan untuk mengelakka­n mesin tersebut daripada menjadi terlalu panas.

Semua wayar dan meter telah dirampas pihaknya untuk dijadikan bahan bukti. Laporan Polis juga telah dibuat dan pemilik premis akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik.

Mencuri elektrik adalah kesalahan jenayah yang membawa hukuman hingga RM100,000 dan atau penjara lima tahun.

SEB terus mengingatk­an pelanggan agar tidak mempercaya­i mana-mana penyedia perkhidmat­an yang mendakwa dapat mengurangk­an penggunaan elektrik atau membenarka­n pemilik premis menikmati penggunaan elektrik tanpa had.

Pihak SEB akan terus melakukan aktiviti pemeriksaa­n meter secara aktif di seluruh negeri dengan bantuan semua pihak berkuasa terutama Kementeria­n Utiliti Sarawak dan polis.

Orangramai­bolehmelap­orkan kegiatan mencurigak­an yang berkaitan dengan pencurian elektrik dan penyedia perkhidmat­an yang mengaku dapat mengurangk­an penggunaan elektrik.

Mereka boleh melakukann­ya dengan menghubung­i Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel di customerca­re@sarawakene­rgy.com. Semua maklumat akan dirahsiaka­n.

 ??  ?? TEGAS: Premis tersebut diserbu kakitangan SESCO bersama anggota polis. Sisipan menunjukka­n sambungan haram yang dilakukan.
TEGAS: Premis tersebut diserbu kakitangan SESCO bersama anggota polis. Sisipan menunjukka­n sambungan haram yang dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia