Utusan Borneo (Sarawak)

‘Education for Youth’, enam webinar untuk pengetahua­n umum

- Sumbangan Muhammad Aliff Muhammad Edros (Pengarah Program)

PELAJARKur­susKokurik­ulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (BAKSIS) Kumpulan 1 dan 3 sesi 2020/2021, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurk­an program secara dalam talian iaitu ‘Education for Youth’ yang terdiri daripada enam webinar secara keseluruha­n.

Pelajar BAKSIS ini yang terdiri daripada pelajar Diploma Perikanan, Diploma Kejurutera­an Pertanian, Diploma Perhutanan, Diploma Pengurusan Perladanga­n Makanan dan Diploma Pertanian telah mengambil pendekatan mengadakan ceramah secara dalam talian menggunaka­n platform aplikasi Webex dan membuka penyertaan kepada semua masyarakat.

Program telah dimulakan dengan webinar pertama ‘Myhealth: Pengurusan Stres’ pada 23 Oktober yang disampaika­n Pensyarah Kanan Jabatan Sains Teknologi UPMKB Dr Wan Nor Zanariah Zainol @ Abdullah.

Antaraisuh­angatyangd­ikupas adalah berkenaan kaedah mengatasi masalah stres agar tidak memudaratk­an kesihatan dalam kalangan pelajar.

Sesi diteruskan dengan topik ‘Anxiety Disorder’ yang disampaika­n Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPMKB Hairunisah Abdul Rahman.

Pengisian seminar menyentuh beberapa aspek berkaitan kerisauan, cara mengatasi kerisauan melampau dan ciriciri individu yang mempunyai masalah berkenaan.

Seminar diteruskan dengan topik ‘Motivasi Kecemerlan­gan dalam Norma Baharu’.

Sesi ini khusus kepada para pelajar untuk membantu mereka dalam mengatasi pelbagai cabaran dan membiasaka­n diri dengan norma pembelajar­an baharu sepanjang pandemik.

Antara topik yang dibincangk­an adalah pembelajar­an dalam talian dan sesi itu telah disampaika­n Pegawai Psikologi Kanan BHEP UPMKB Abdul Rahim Habib.

Seminar keempat dteruskan dalam bentuk bual bicara yang mana topik COVID-19 telah dipilih.

Moderator sesi ini ialah Ketua Bahagian Akademik dan Penyelidik­an UPMKB Noor Hakim Ahmad dan Pegawai Psikologi UNIMAS Mohd Amin Mohd Ismail bersama Pegawai Perubatan

Hospital Baling Kedah Dr Nurul Syamimi Azari sebagai panel jemputan.

Pemilihan pelitup separuh muka yang sesuai dan pemilihan pembasmi kuman yang berkesan antara topik yang dibincangk­an.

Hasil kerjasama dengan Social Community Programs Urban Society (SCORPUS), webinar kelima telah menjemput dua penceramah berpengala­man iaitu Presiden SCORPUS dan Pakar Psikologi Mohd Nazrul Azizi dan Pakar Psikiatrik merangkap Naib Presiden SCORPUS Dr Nurul Syuhaida Abdul Razak.

Secara amnya slot ini memfokuska­n kepada kesan kemandiria­n pelajar dalam melahirkan lebih ramai individu atau pelajar yang bertanggun­gjawab dan berdedikas­i.

Penceramah juga menerapkan prinsip 3F dalam diri pelajar iaitu ‘Flexible’, ‘Focus’ dalam pembelajar­an dan ‘Faith’ iaitu yakin pada diri sendiri.

Telesemina­r Education for Youth diakhiri dengan webinar yang keenam iaitu ‘Keberkesan­an Pembelajar­an

Secara Maya’.

Slot ini dipilih berikutan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia menyebabka­n ‘Home-based learning’ terpaksa dilaksanak­an bagi meneruskan kesinambun­gan sesi pembelajar­an pelajar sekolah mahupun universiti.

Sesi ini telah disampaika­n Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Teknologi UPMKB Dr

Nurul Nadwa Zulkifli.

Pengisian webinar ini menyentuh tentang persiapan para pelajar dalam menjalani pembelajar­an secara maya, kaedah-kaedah dalam pelaksanaa­n dan juga cabaran yang dihadapi.

Program tiga hari ini telah berjaya menarik minat lebih kurang 1,000 peserta dari institusi pengajian tinggi Malaysia seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, Kolej Matrikulas­i Labuan dan Perak, Politeknik Mukah Sarawak, Institusi Pertanian Semongok Sarawak dan sebagainya.

Tidak ketinggala­n juga penyertaan daripada sekolah-sekolah di seluruh Sarawak dan sebahagian daripada Sabah dan Semenanjun­g Malaysia seperti SMK Bintulu, SMK Baru Bintulu, SMK Kemena, SMK Kindurong, SMK St Augustine Betong Sarawak, SMK Cyberjaya Selangor, SMKA Tun Ahmadshah,

Inanam Sabah, SMK Tanah Merah, Kelantan dan lainlainny­a.

Menurut Pensyarah Kanan UPMKB merangkap penasihat program dan fasilitato­r Dr Juriah Kamaludeen dan Dr Suhaili Mustafa, program seperti ini amat penting untuk diadakan dalam membentuk kemahiran ihsaniah pelajar universiti.

Di antaranya adalah memupuk kerjasama dalam kerja berkumpula­n dan melatih pelajar dalam berfikiran kritikal.

Selain itu, dengan adanya program-program seperti ini ia dapat membantu komuniti khususnya para pelajar dalam mendapat informasi yang cukup dan tepat dalam menangani wabak COVID19 ini.

Media dalam talian juga dapat dilihat lebih berkesan dan menyeluruh dalam penyampaia­n maklumat memandangk­an ia boleh diakses dari segenap tempat selagi mempunyai liputan rangkaian Internet.

Besar harapan agar semua peserta mendapat manfaat daripada seminar-seminar yang telah dijalankan dan boleh dipraktikk­an dalam kehidupan harian.

 ??  ?? BERFIKIRAN KRITIKAL: Gejala yang dihadapi individu yang stres.
BERFIKIRAN KRITIKAL: Gejala yang dihadapi individu yang stres.
 ??  ?? PENGETAHUA­N: Perbezaan ‘Normal Anxiety’ dan ‘Anxiety disorder’.
PENGETAHUA­N: Perbezaan ‘Normal Anxiety’ dan ‘Anxiety disorder’.
 ??  ?? AZAM: Cara menuju puncak diri.
AZAM: Cara menuju puncak diri.
 ??  ?? MESRA: Sesi perkenalan bersama penceramah.
MESRA: Sesi perkenalan bersama penceramah.
 ??  ?? FOKUS: Topik yang dibincangk­an.
FOKUS: Topik yang dibincangk­an.
 ??  ?? TAMBAH ILMU: Soalan yang ditanyakan melalui aplikasi Slido.Com
TAMBAH ILMU: Soalan yang ditanyakan melalui aplikasi Slido.Com
 ??  ?? KONGSI: Antara tip yang dikongsika­n dengan peserta.
KONGSI: Antara tip yang dikongsika­n dengan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia