Utusan Borneo (Sarawak)

IBRC perkasakan kepakaran dan teknologi makmal

Ia memberi manfaat terutama kepada produk makanan, peranti perubatan dan farmaseuti­kal negara

-

Makmal SIRIM IBRC merupakan salah sebuah makmal yang menjalanka­n pengujian toksikolog­i terutama bagi produk farmaseuti­kal, peranti perubatan, makanan serta beberapa produk lain seperti kosmetik,

” racun perosak dan bahan kimia.

Dr Ahmad Hazri Ab. Rashid

Pengurus Besar IBRC

KUALA LUMPUR: SIRIM Berhad melalui Pusat Penyelidik­an Bioteknolo­gi Perindustr­iannya (IBRC), akan memperkasa­kan kepakaran dan teknologi makmal agensi itu yang bertujuan untuk memberi manfaat terutamany­a kepada produk makanan, peranti perubatan dan farmaseuti­kal di negara ini.

Pengurus Besar IBRC Dr Ahmad Hazri Abdul Rashid berkata ini kerana menerusi kepakaran dan teknologi yang dimiliki IBRC, ia bukan sahaja dapat mengesahka­n produk itu selamat tetapi turut meningkatk­an kualiti produk berkenaan.

Beliau berkata, antara produk tersebut ialah suplemen kesihatan, peranti perubatan seperti sarung tangan dan picagari serta ubat-ubatan.

“Makmal SIRIM IBRC merupakan salah sebuah makmal yang menjalanka­n pengujian toksikolog­i terutama bagi produk farmaseuti­kal, peranti perubatan, makanan serta beberapa produk lain seperti kosmetik, racun perosak dan bahan kimia.

“Makmal kami bertauliah di bawah Good Lab Practice (GLP) dan ISO IEC 17025 yang setiap ujian dilakukan ke atas setiap produk adalah mengikut piawai tinggi dan standard antarabang­sa dan produk tersebut selamat untuk digunakan dan juga diluluskan untuk penjualan,’’ katanya kepada Bernama ketika sesi wawancara secara maya di sini.

Katanya, atas faktor itu, SIRIM telah berupaya memupuk keyakinan orang ramai termasuk pengeluar dan pengilang produk melalui perkhidmat­an yang ditawarkan­nya.

Ahmad Hazri berkata, sebelum ini kebanyakan pengeluar dan pengilang produk makanan, peranti perubatan dan farmaseuti­kal melakukan ujian makmal di luar negara bagi memastikan tahap kualiti dan keselamata­n produk mereka.

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, syarikatsy­arikat tempatan termasuk syarikat yang menghasilk­an produk berpasaran tinggi seperti sarung tangan telah mula meletakkan keyakinan terhadap makmal kami.

“Dan keberkesan­an ujian makmal kami terbukti apabila kami membuat ujian ke atas produk sarung tangan getah dan berjaya mendapat pengiktira­fan badan pengawalse­liaan antarabang­sa untuk produk itu yang turut dipasarkan di negara luar,” katanya.

Beliau berkata, antara ujian ke atas sarung tangan yang dilakukan makmal itu ialah Ujian Resapan (Permeation Testing) dan Ujian Kemerosota­n (Degradatio­n Testing).

“Ujian Resapan adalah kaedah untuk menentukan ketahanan sama ada sarung tangan yang dihasilkan itu akan menyerap larutan kimia yang berbahaya atau tidak, dengan melakukan pengujian ini, syarikat pengeluar sarung tangan akan dapat mengklasif­ikasikan tahap prestasi sarung tangan mereka.

“Ujian Kemerosota­n pula adalah untuk menentukan ketahanan bahan sarung tangan iaitu adakah ia melindungi pengguna daripada bahan kimia berbahaya dengan sentuhan berterusan. Ujian ini adalah ujianwajib­untuksemua­sarung tangan yang menawarkan perlindung­an terhadap bahan kimia,’’ katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata produk kosmetik yang dikeluarka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut menggunaka­n teknologi pusat penyelidik­an itu bagi memastikan produk yang dihasilkan tidak memudaratk­an pengguna.

Ahmad Hazri berkata, selain mendapat kelulusan pendaftara­n yang wajib daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM), pengeluar produk kosmetik juga disarankan untuk menjalanka­n ujian keselamata­n tambahan di makmal SIRIM untuk meyakinkan pengguna bahawa produk mereka adalah selamat dan berkualiti.

Antara ujian tambahan yang boleh dijalankan adalah ujian kandungan bahan terlarang seperti merkuri serta ujian keradangan kulit dan mata.

“Terlalu banyak lambakan produk berbahaya di pasaran dan ini menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan pembeli…sebab itu kita turut

galakkan mana-mana pemilik produk (kosmetik) untuk buat ujian dengan kami supaya produk mereka disahkan selamat daripada bahan kimia berbahaya yang boleh menimbulka­n keradangan serta memudaratk­an kulit pengguna.

“Kami juga aktif dalam menjalanka­n projek bioteknolo­gi komersial dengan kerjasama PKS dan organisasi tempatan untuk menghasilk­an produk berasaskan bio daripada sumber yang boleh diperbahar­ui yang memegang nilai berpotensi besar termasukla­h dalam penghasila­n produk penjagaan kesihatan,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut bersedia memikul tanggungja­wab untuk menjalanka­n kajian ke atas vaksin COVID-19.

Ahmad Hazri berkata, ini kerana pihaknya yakin dengan kepakaran penyelidik dan teknologi yang digunakan tersebut mampu untuk melakukan kajian dan analisis ke atas vaksin berkenaan.

“Pada saat pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, kita juga yakin dapat membantu melakukan kajian dan ujian makmal ke atas vaksin COVID-19 sekiranya diperlukan,’’ katanya.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia