Utusan Borneo (Sarawak)

Bolehkah konsep UBI jadi penyelamat kejatuhan ekonomi semasa COVID-19?

-

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah pandemoniu­m sosial dan kejatuhan ekonomi disebabkan wabak COVID19, seorang ahli akademik tempatan percaya konsep yang agak revolusion­er yang dicuba di Kanada boleh dipertimba­ngkan semula, konsep pendapatan asas sejagat (UBI).

Prof Madya Dr Soon JanJan dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia berkata, UBI dianggap sebagai penawar terhadap kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh akar umbi iaitu pemberian elaun bulanan tanpa syarat kepada semua rakyat dewasa untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan.

Iaberunsur­kankesejag­atan, tanpa syarat, berkala dan murni, UBI diberi tanpa mengira status pekerjaan atau pendapatan dengan penerima tidak perlu melakukan apaapa dan boleh meraih manfaat daripadany­a.

“Eksperimen UBI dijalankan di sebuah bandar kecil di Kanada, Dauphin, selama empat tahun pada pertengaha­n tahun 1970-an, adalah antara eksperimen UBI berskala besar paling awal dan paling berjaya dengan penduduk menerima pendapatan bulanan asas, tahappenda­patanminim­um,” katanya kepada Bernama.

Mitos yang sentiasa diperkatak­an mengenai UBI dan menimbulka­n keraguan terhadap kebolehlak­sanaannya adalah wang percuma hanya akan menjadikan penerimany­a semakin malas, tetapi Soon berkata mitos ini telah disangkal berdasarka­n keputusan eksperimen Dauphin dan banyak lagi kajian berikutnya.

Para penyelidik mendapati bukan sahaja tiada penurunan ketara dalam waktu bekerja, aspek-aspek lain menyaksika­n peningkata­n luar biasa contohnya prestasi pembelajar­an lebih baik di sekolah, kes keganasan rumah tangga berkuranga­n, kurang kemasukan ke hospital dan pilihan perbelanja­an penggunaan yang lebih baik, antara lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia