Utusan Borneo (Sarawak)

AS ucap tahniah kepada Malaysia selaku tuan rumah Sidang Kemuncak APEC

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat mengucapka­n tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang menyaksika­n Deklarasi Kuala Lumpur diisytihar­kan serta pelancaran Visi Putrajaya 2040, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pengisytih­aran Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti APEC bagi pertumbuha­n ekonomi serantau dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menurutnya, ucapan itu disampaika­n oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat ketika melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di bangunan Parlimen, kelmarin.

“Melalui Puan Yang Terutama Kamala, saya telah menyampaik­an penghargaa­n kerajaan Malaysia selaku hos APEC 2020 kepada Presiden Donald Trump atas penglibata­n beliau mewakili Amerika Syarikat pada Sidang Kemuncak APEC yang telah berlangsun­g secara maya pada 20 Nov lepas,” katanya menerusi akaun Facebookny­a semalam.

Muhyiddin berkata Kamala turut berkongsi mengenai perkembang­an terkini beberapa vaksin COVID-19 keluaran syarikat bioteknolo­gi dan farmaseuti­kal Amerika Syarikat yang sedang melalui proses ujian dan kelulusan Agensi Pentadbira­n Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia