Utusan Borneo (Sarawak)

Koperal Baharuddin selamat disemadika­n

-

JEMPOL: Jasad mendiang Koperal Baharuddin Ramli daripada Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban ketika bertugas di sempadan MalaysiaTh­ailand, awal pagi semalam selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo semalam.

Mendiang selamat dikebumika­n pada jam 12.20 tengah hari dengan penuh tradisi kepolisan.

Upacara pengebumia­n yang berlangsun­g dalam keadaan cuaca mendung dan suasana pilu, dihadiri ratusan orang bagi memberi penghormat­an terakhir.

Turut hadir memberi penghormat­an terakhir ialah Ketua Polis Negara Tan Sri AbdulHamid­Bador,Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an

Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop serta pegawaipeg­awai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kejadian jam 3.10 pagi kelmarin, Baharuddin, 54, terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan penyeludup manakala rakannya, Koperal Norihan a/l Tari, 39, mengalami kecederaan parah, dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.

Mendiang yang berasal dari Kampung Sungai Sampo di sini meninggalk­an seorang isteri dan tiga anak berumur antara 18 hingga 32 tahun.

Sementara itu, bapa mendiang, Ramli Derus, 75, menyifatka­n anak sulungnya itu seorang anak yang baik dan sering bertanya khabarnya.

Katanya, mendiang amat meminati kerjaya sebagai anggota polis sejak kecil.

“Berita kematianny­a agak menyedihka­n saya. Dia selalu telefon saya bertanyaka­n khabar,” katanya sambil mengalirka­n air mata.

Ramli berkata seingatnya kali terakhir mereka bertemu adalah pada Oktober lepas.

“Kalau telefon, dalam minggu lepas semasa dia bertugas di sana (Padang Besar, Perlis),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUH ISTIADAT: Anggota polis mengusung keranda mendiang dengan penuh istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disemadika­n di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo semalam.
— Gambar Bernama PENUH ISTIADAT: Anggota polis mengusung keranda mendiang dengan penuh istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disemadika­n di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia