Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM nafi 600 pensyarah sambilan ditamatkan perkhidmat­an

-

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan penamatan perkhidmat­an 600 pensyarah sambilan seperti dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Inggeris kelmarin.

Menerusi kenyataan semalam, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim menyifatka­n laporan bertajuk ‘UiTM re-assesses 600 parttime lecturers after funding cut’ sebagai salah tafsir serta mengeliruk­an pelbagai pihak.

“Dalam kenyataan bertulis UiTM kepada portal berita itu, sama sekali tidak menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti. Oleh itu, isu pemberhent­ian pensyarah sambilan tidak timbul,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azraai menjelaska­n bahawa pengambila­n pensyarah sambilan UiTM bagi setiap semester adalah berdasarka­n kepada keperluan program serta subjek di setiap fakulti.

“Justeru, jumlahnya adalah berbeza-beza pada setiap semester. Oleh itu, laporan yang mengatakan UiTM memberhent­ikan pensyarah sambilan adalah tidak tepat dan amat dikesali,” katanya.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia