Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelia Carrefour di Brazil ditangkap

Dituduh bersekongk­ol dengan pengawal keselamata­n bunuh lelaki kulit hitam

-

BRASILIA: Polis Brazil kelmarin menangkap penyelia pasar raya Carrefour di Porto Alegre dan menuduh dia bersekongk­ol dengan beberapa pengawal keselamata­n yang memukul seorang lelaki kulit hitam sehingga mati.

Penyelia Adriana Alves Dutra mempunyai kuasa untuk menghalang pengawal keselamata­n dari memukul Joao Alberto Silveira Freitas berusia 40 tahun pada 13 November, kata penyiasat homisid Vanessa Pitrez.

“Dia mempunyai kuasa ke atas dua pengawal keselamata­n itu,” dan disebabkan itu “undang-undang telah melihat dia sebagai seorang rakan subahat homisid,” kata Pitrez pada sidang media, seperti yang dipetik oleh laman berita UOL.

Pitrez telah meminta agar wanita itu dipenjarak­an buat sementara waktu.

Alves Dutra muncul dalam satu rakaman video yang tular kelihatan berdiri berhampira­n semasa Silveira Freitas ditumbuk di muka dan kepala di kawasan letak kereta pasar raya itu oleh seorang pengawal keselamata­n sementara pengawal kedua menahannya.

Menurut siasatan awal Silveira Freitas telah dipukul selama lebih lima minit sebelum dihalang dari bergerak oleh penyerangn­ya dan meninggal dunia akibat masalah tidak dapat bernafas.

Kedua-dua pengawal keselamata­n itu sudah diberkas.

Alves Dutra, yang turut dilihat merekodkan insiden, ternyata berbohong kepada polis dalam keterangan awalnya, menyatakan dia tidak mendengar rayuan Silveira Freitas yang meminta tolong.

Alves Dutra turut mendakwa salah seorang pengawal keselamata­n merupakan seorang pelanggan pasar raya, menyembuny­ikan kenyataan bahawa dia merupakan seorang pekerja Carrefour.

Menurut Globo TV, yang memetik keterangan awal penyelia tersebut kepada polis mengenai insiden itu, Alves Dutra mendakwa bahawa dia telah beberapa kali meminta pengawal keselamata­n tersebut melepaskan lelaki kulit hitam itu.

Bagaimanap­un beberapa bahagian dalam video menunjukka­n dia sebaliknya memberikan amaran kepada

Silveira Freitas agar bertenang jika mahu dilepaskan, namun turut memberitah­u bahawa mangsa tidak akan dibebaskan sehingga polis sampai.

Ketua polis Roberta Bertoldo berkata Alves Dutra telah memberikan “keterangan yang bercanggah”.

Ia akan terpulang kepada siasatan untuk melihat “sekiranya percanggah­an ini adalah bermotifka­n sesuatu yang dia ingin selindungi atau tidak.”

Video kejadian pukulan itu segera tular dalam talian dan mencetuska­n tunjuk perasaan pada Jumaat ketika negara menyambut Black Consciousn­ess Day. Lebih banyak protes telah dilakukan di sekitar negara sepanjang hujung minggu lepas.

Pada Isnin, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan sekumpulan penunjuk perasaan yang menghalang sebatang jalan dan menghentik­an trafik di depan sebuah cawangan Carrefour di Porto Alegre, terletak di selatan Brazil.

Rangkaian pasar raya Carrefour telah berdepan gelombang seruan untuk pemboikota­n dan kadangkala bantahan ganas di luar beberapa premisnya di sekitar Brazil, menarik perbanding­an dengan pembunuhan George Floyd di Amerika Syarikat pada Mei dan bantahan yang berlaku kemudian.

Pada Isnin lepas saham bagi unit Brazil untuk kumpulan Perancis itu telah merosot enam peratus dalam dagangan tengah hari di bursa saham Sao Paulo, serta di Paris saham Carrefour ditutup jatuh sebanyak 2.2 peratus.

Rantaian pasar raya itu berjanji akan menyumbang­kan kira-kira AS$5 juta untuk menentang rasisme. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUARA MARAH: Penunjuk perasaan menceroboh pasar raya Carrefour di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat lepas untuk membantah tindakan pengawal keselamata­n memukul sehingga mati seorang lelaki kulit hitam.
— Gambar AFP SUARA MARAH: Penunjuk perasaan menceroboh pasar raya Carrefour di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat lepas untuk membantah tindakan pengawal keselamata­n memukul sehingga mati seorang lelaki kulit hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia