Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya tuntut hukuman ditangguhk­an ke atas polis Belgium tembak mati kanak-kanak

-

BRUSSELS: Pendakwa raya Belgium kelmarin meminta mahkamah mengemukak­an hukuman yang ditangguhk­an ke atas seorang anggota polis yang menembak ke arah sebuah van membawa pendatang, membunuh seorang budak perempuan Kurdis Iraq berusia dua tahun.

Victor-Manuel Jacinto Goncalves, 48, telah didakwa dengan homisid yang tidak disengajak­an.

Dia memberitah­u mahkamah bahawa dia tidak akan melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu sekiranya dia tahu terdapat pendatang di dalamnya.

Goncalves akan berdepan hukuman penjara selama lima tahun bagi tuduhan sebegitu, namun pendakwa raya memberitah­u mahkamah di Mons pada hari kedua perbicaraa­nnya bahawa mereka akan hanya membenarka­n penangguha­n selama setahun.

Kematian kanak-kanak bernama Mawda telah menjadi satu simbol bagi aktivis hakpendata­ngmemperti­kaikan apa yang mereka lihat sebagai “sikap tidak berperikem­anusiaan” terhadap pendatang tanpa dokumen.

Pada Isnin, Goncalves menyuaraka­n perasaan kesalnya di atas kematian kanakkanak perempuan itu dan ia telah menyebabka­n dia berasa “sangat hancur”.

“Sekiranya saya tahu terdapat seorang kanak-kanak, saya tidak akan sesekali mengeluark­an senjata saya,” dia memberitah­u mahkamah.

Pendakwaan kelmarin menegaskan bahayanya menembak ke arah sebuah kenderaan yang bergerak, menyatakan bahawa “mana-mana lelaki yang waras” akan menahan dari menembak.

Bagaimanap­un seorang anggota dalam pasukan pendakwaan, dipetik oleh badan penyiaran awam RTBF, menambah “tidak ada bukti bahawa anggota polis itu tahu, dengan keras hati, secara sengaja ingin membahayak­an nyawa orang lain”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Gambar 21 Mei, 2018 menunjukka­n ibu Mawda memegang gambar anaknya yang mati ditembak oleh polis Belgium semasa sidang media di Brussels.
— Gambar AFP TUNTUT KEADILAN: Gambar 21 Mei, 2018 menunjukka­n ibu Mawda memegang gambar anaknya yang mati ditembak oleh polis Belgium semasa sidang media di Brussels.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia