Utusan Borneo (Sarawak)

40 syarikat produksi terima DKD berjumlah RM13.9 juta daripada FINAS

-

SEBANYAK 40 syarikat produksi menerima surat tawaran Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) yang keseluruha­nnya bernilai RM13.927 juta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, DKD bertujuan membantu memperkasa­kan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19.

Beliau berkata, selain itu objektif DKD ialah menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air melalui kerjasama dengan pihak swasta membabitka­n stesen televisyen dan penyiaran tempatan selain memperbany­akkan pemilikan Hak Cipta Kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan.

“Saya berharap agar semua penerima DKD ini dapat menghasilk­an karya kreatif yang berkualiti sekali gus merancakka­n semula industri ini sejajar dengan matlamat kita bersama untuk ke persada antarabang­sa,” katanya dalam majlis penyerahan surat tawaran PELAKSANA DKD Sesi 1 2020 yang berlangsun­g secara maya kelmarin.

Turut hadir Pengerusi

FINAS Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Saifuddin berkata Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia melalui FINAS sentiasa menyokong dan membantu penggiat industri terutama melalui inisiatif PELAKSANA yang bertujuan memastikan industri kreatif terus berkembang walaupun terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Justeru, beliau berkata setiap penggiat harus mengambil peluang yang telah diberikan bagi memajukan lagi industri perfileman negara.

Saifuddin juga berharap dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dilancarka­n tahun hadapan, kerajaan memperuntu­kkan RM550 juta untuk DKD bagi merancakka­n industri kreatif termasuk filem, muzik dan animasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia