Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota buat risikan tanpa baju kalis peluru elak identiti terdedah

-

IPOH: Mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban dan Koperal Norihan Tari yang parah dalam insiden berbalas tembak di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tidak memakai baju kalis peluru kerana melakukan risikan dan bukan rondaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acyrl Sani Abdullah Sani berkata, selain tidak memakai baju kalis peluru, pegawai atau anggota terlibat dalam tugas risikan juga tidak dibekalkan senjata berat kerana ia berisiko mendedahka­n identiti mereka.

“Semasa kejadian keduadua mereka sedang dalam tugas buat risikan dan bukannya rondaan. Kalau ikut prosedur operasi standard (SOP), semua anggota keselamata­n yang bertugas buat rondaan perlu memakai uniform dan kelengkapa­n perlindung­an.

“...tapi sewaktu buat risikan tidak boleh pakai baju kalis peluru dan bawa senjata berat kerana nanti tidak boleh lagi melakukan penyamaran. Kita masih siasat apakah latar belakang kes ini, adakah serang hendap atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas menyaksika­n majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di sini, semalam.

Acyrl Sani ditanya persoalan ditimbulka­n orang ramai khususnya warga net mengenai kedua-dua anggota PGA dari pasukan Senoi Praaq yang terlibat dalam insiden kelmarin bukan sahaja tidak memakai baju kalis peluru, malah hanya bersenjata­kan pistol Walther P99.

Dalam insiden jam 3.10 pagi kelmarin, Baharuddin, 54, terbunuh, manakala rakannya, Kpl Norihan a/l Tari, 39, mengalami kecederaan parah, dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.

Menjelas lanjut, Acyrl Sani berkata pihak Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman sedang mengkaji dan menilai semula SOP yang digunakan semasa tugasan rondaan, risikan dan pencegahan untuk memastikan keselamata­n pegawai, anggota juga orang awam.

Selain itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon untuk mendapatka­n 36 kereta perisai (APC) secara berperingk­at dalam tempoh lima tahun bagi melaksanak­an tugasan rondaan di kawasan sempadan Kedah, Perlis, Kelantan dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kerana wujud ancaman keselamata­n terhadap pegawai serta anggota bertugas.

“Kami perlukan APC ini kerana ancaman oleh pihak yang sentiasa terlibat dengan kegiatan jenayah semakin bertambah. Kena buktikan kami (PDRM) sentiasa mendahului mereka.

“Permohonan dibuat tahun lepas, kami harap dapat 10 unit untuk peringkat pertama. Ia mengambil masa kerana memerlukan kajian teknikal selain kosnya yang agak mahal,” katanya.

Tanpa menyatakan jumlah APC yang ada sekarang, Acyrl Sani berkata kenderaan itu perlu diganti dengan yang baharu memandangk­an ada antaranya yang digunakan sejak lebih 40 tahun lalu iaitu dari zaman insurgensi Komunis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Acryl Sani menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak antara Pemangku Ketua Polis Perak yang juga Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mazlan Santarai (kiri) kepada Datuk Mior Faridalath­rash Wahid di Mes Pegawai Kanan Polis Perak semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Acryl Sani menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak antara Pemangku Ketua Polis Perak yang juga Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mazlan Santarai (kiri) kepada Datuk Mior Faridalath­rash Wahid di Mes Pegawai Kanan Polis Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia