Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut dihempap pokok sawit

-

LUMUT: Seorang warga emas maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika sedang menunggang motosikal di sebuah ladang di Kampung Bakar Bata, dekat Ayer Tawar, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor

Omar Sappi berkata mangsa, Mohd Saleh Mat Ali, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 7.25 pagi.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia