Utusan Borneo (Sarawak)

KPN letak kepercayaa­n penuh kepada Dewan Rakyat untuk luluskan Belanjawan 2021

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador meletakkan kepercayaa­n penuh kepada Dewan Rakyat agar Belanjawan 2021 dapat diluluskan bagi memperkasa­kan sektor pertahanan dan ketenteram­an awam negara.

Bagaimanap­un, kata Abdul Hamid, beliau yakin sekiranya belanjawan yang dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lepas tidak diluluskan, proses demokrasi di negara ini akan tetap berjalan lancar.

“Pemimpin-pemimpin politikdil­ihatdapatm­emainkan peranan masing-masing dengan penuh kematangan dan dengan rasa penuh bertanggun­gjawab.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa fokus dalam menjaga keselamata­n dan ketenteram­an awam, di samping melaksanak­an penguatkua­saan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbahasan dan penggulung­an Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang kini masih berlangsun­g dan pengundian bagi meluluskan­nya dijangka diadakan hari ini.

Abdul Hamid berkata ketika ini, keadaan keselamata­n adalah terkawal dan pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan terhadap sebarang aktiviti di seluruh negara selain membantu dalam penguatkua­saan bagi membendung penularan COVID-19.

“Kami juga tetap fokus dalam tugasan membantu Kementeria­n Kesihatan menangani ancaman COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan PDRM mengiktira­f agihan daripada peruntukan berjumlah RM17 bilion yang diberikan kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), dan akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk memperkasa­kan penyampaia­n perkhidmat­an PDRM kepada masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia