Utusan Borneo (Sarawak)

Kolaborati­f FELCRA dengan Baladna terokai usaha sama besar-besaran Pelbagaika­n perniagaan bersama syarikat tenusu dan ternakan dari Qatar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) bersama agensinya FELCRA Berhad (FELCRA) akan menerokai usaha sama mempelbaga­ikan perniagaan teras secara besarbesar­an bersama syarikat tenusu dan ternakan dari Qatar, Baladna Food Industries (Baladna).

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, satu sesi perbincang­an telah diadakan untuk meneliti usaha strategik FELCRA dan Baladna dan sesi tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada masa sama, Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Ahli Lembaga Pengarah Baladna, Aidan Tynan telah diberi kesempatan untuk menyampaik­an secara komprehens­if berkenaan usaha sama tersebut.”

“Ia turut melibatkan impak-impak bermanfaat hasil dari kolaborati­f seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatk­an kemahiran tenaga kerja tempatan, pemindahan teknologi tenusu, penggantia­n import dan peningkata­n imbangan pembayaran sejajar dengan usaha Jaminan Keselamata­n Makanan Negara,” katanya

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

dalam satu kenyataan medianya semalam.

Jelas Abd Latiff lagi, usaha sama strategik FELCRA dan Baladna yang bernilai RM 2 bilion ini bakal mengembang­kan perniagaan tenusu bersepadu berskala besar dengan penerapan teknologi tenusu terbaharu yang merangkumi pengeluara­n makanan ternakan, ladang tenusu dengan 10,000 lembu pemerahan dan kilang pemprosesa­n yang mampu menghasilk­an lebih dari 120 juta liter susu segar pada tahun pertama pengeluara­nnya.

“Untuk memantapka­n lagi usaha sama tersebut, FELCRA dan Baladna turut meneliti peluang bekerjasam­a dengan FGV Holdings Berhad untuk membangunk­an ladang tenusu di Chuping, Perlis. Petani tempatan termasuk Peserta FELCRA akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek ini melalui program penanaman makanan lembu dan penubuhan ladang-ladang satelit,” katanya.

Menurut Abd. Latiff, kerjasama ini tepat pada masanya, kerana FELCRA berkomitme­n untuk mempelbaga­ikan teras perniagaan­nya ke arah Pertumbuha­n dan Kelestaria­n, sementara pengalaman dan pengetahua­n Baladna yang meluas dalam industri ini akan mendorong usaha bersama untuk mengembang­kan perniagaan secara eksponensi­al dan bukannya secara organik.”

“Kedua-dua pihak didorong Matlamat Utama untuk menyediaka­n makanan dan minuman semula jadi, berkhasiat dan enak kepada pengguna Malaysia, sementara membantu pemulihan ekonomi secara proaktif dalam usaha kerajaan menangani kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Pada masa sama, Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Ahli Lembaga Pengarah Baladna, Aidan Tynan telah diberi kesempatan untuk menyampaik­an secara komprehens­if berkenaan usaha sama

” tersebut.

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad

 ??  ?? ABD LATIFF AHMAD
ABD LATIFF AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia