Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2021: Suntikan RM400 juta perkasa program COSS, kata Nanta

-

KUALA LUMPUR: Program Penstabila­n Harga Minyak Masak (COSS) yang menerima suntikan RM400 juta dalam Belanjawan 2021 dijangka memberi impak kepada golongan sasar di bawah kategori B40, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata COSS berupaya meminimumk­an impak kenaikan harga minyak sawit mentah ke atas harga minyak masak, menstabilk­an harga runcit minyak masak bersubsidi untuk kegunaan isi rumah tempatan dan memastikan bekalan mencukupi di pasaran.

“Sejak COSS diambil alih Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 1 November 2016, COSS memberi manfaat kepada 33.2 juta rakyat yang menerima bekalan minyak masak bersubsidi pada kadar anggaran 2.5 kilogram per kapita sebulan.

“COSS juga mampu menjamin harga minyak masak yang stabil di pasaran domestik dengan mengurangk­an impak daripada turun naik harga minyak sawit mentah di pasaran dunia,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif-Belanjawan KPDNHEP 2021: Impak Kepada Ekonomi Dan Rakyat yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam kelmarin.

Memperinci­kan perkara itu, Nanta berkata secara keseluruha­n kementeria­nnya menerima RM680 juta dalam Belanjawan 2021 khusus bagi menangani isu peningkata­n kos sara hidup rakyat.

Justeru katanya, KPDNHEP akan memperkasa usaha dengan melaksanak­an tiga program subsidi bersasar selain program penyeragam­an harga yang diyakini mampu memberi kesan cukup signifikan terhadap usaha mensejahte­rakan kehidupan rakyat.

“Turut dilaksanak­an adalah Program Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Community Drumming, Program Penyeragam­an Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am,” kata Nanta.

Menurut beliau, semua program yang dirancang adalah demi kepentinga­n rakyat dengan memberi fokus utama membantu meringanka­n kos sara hidup rakyat terutama golongan yang terjejas akibat penularan pandemik COVID19.

“Ini menjadi keutamaan bagi KPDNHEP malah kami (KPDNHEP) yakin semua inisiatif itu mampu memberi kesan signifikan kepada usaha mensejahte­rakan kehidupan rakyat,” katanya.

Berkongsi pendekatan lain, Nanta berkata KPDNHEP juga melaksanak­an tindakan penguatkua­saan dengan kerjasama Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) bagi melindungi proses persaingan demi kepentinga­n perniagaan, pengguna dan ekonomi melalui Akta Persaingan 2010.

Selain itu, Nanta berkata KPDNHEP turut aktif dalam Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia