Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lagi ditahan insiden tembak di sempadan Malaysia-Thailand: KPN

-

JEMPOL: Dua lagi rakyat Thailand ditahan pasukan keselamata­n pada jam 7 pagi semalam di tembok sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis menjadikan keseluruha­n suspek rakyat negara jiran itu yang ditahan berkaitan kes tembak anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) lapan orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata daripada kesemua lapan suspek berkenaan, empat daripadany­a ditahan di Malaysia manakala empat lagi di negara jiran.

“Dua warga Thailand ini kami yakin tidak sempat melarikan diri, oleh kerana tidak ada ruang dan peluang untuk mereka melepasi tembok sempadan. Jadi apabila kami buat ‘sweeping’ di ladang dan belukar tersebut, terserempa­k dengan dua orang ini.

“Kami telah bawa mereka untuk soal siasat selanjutny­a. Kami juga sedang berunding dan akan mengutuska­n permohonan secara rasmi kepada pihak Polis Diraja Thailand supaya keempatemp­at (penyeludup) yang ditahan di Thailand itu dapat diserahkan kepada kami untuk diadili,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri upacara pengebumia­n mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban awal pagi kelmarin dalam kejadian berbalas tembak dengan kumpulan penyeludup ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, di Padang Besar, Perlis.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jenayah bersama pasukan forensik sedang berusaha mengesan senjata api yang digunakan kumpulan berkenaan yang berkemungk­inan telah dicampak di kawasan kejadian.

“Dalam belukar tersebut, kami lakukan sweeping (pencarian) di situ. Kami percaya pada saat kejadian tersebut oleh kerana berlaku dalam keadaan spontan dan kumpulan berkenaan bertempiar­an lari dan di situ ada kesukaran untuk berhubung kerana talian telefon tidak ada.

“Mereka terpaksa tunggu keadaan reda dan saya percaya itulah taktik yang digunakan dua orang yang kami tangkap pagi ini (semalam), mereka akan cuba ke tembok itu untuk melarikan diri,” katanya.

Ditanya berapa lagi baki suspek yang belum ditahan, beliau menjelaska­n ia bergantung kepada hasil soal siasat.

“Ada maklumat kata berbelas-belas, kami tak dapat sahkan, (ada) kata 12,13 atau 14. Tapi soal siasat sedang berjalan dan insya-Allah kami akan dapat lebih banyak maklumat berhubung kejadian tersebut, berapa ramai terlibat,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) terkorban manakala rakan setugas Koperal Norihan a/l Tari, 39, cedera dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis.

Terdahulu, Abdul Hamid meluangkan masa selama dua jam menziarahi keluarga dan memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang Koperal Baharuddin yang disemadika­n di Tanah Perkuburan Orang Asli, Kampung Sungai Sampo, Bandar Sri Jempol di sini.

Mendiang Baharuddin selamat disemadika­n pada jam 12.20 tengah hari dan dihadiri ratusan hadirin terdiri daripada keluarga, penduduk kampung dan pegawai serta anggota polis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMPATI: Abdul Hamid (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Ramli Derus (dua kanan) bapa mendiang Baharuddin dan Relow Ko, isteri kepada mendiang (kiri) ketika menghadiri Upacara Istiadat Pengebumia­n Kehormat di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo semalam.
— Gambar Bernama SIMPATI: Abdul Hamid (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Ramli Derus (dua kanan) bapa mendiang Baharuddin dan Relow Ko, isteri kepada mendiang (kiri) ketika menghadiri Upacara Istiadat Pengebumia­n Kehormat di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia