Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek menaik taraf Sistem Pengairan dan Saliran di Skim Pengairan Sg Manik

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa komited dalam memastikan setiap rancangan pembanguna­n akan disiapkan seperti yang dirancangk­an.

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, dalam Rancangan Malaysia (RMK) Ke-11 MAFI telah, sedang dan akan melaksanak­an beberapa projek Menaik Taraf Sistem Pengairan dan Saliran di Skim Pengairan Sg Manik.

“Projek yang telah siap adalah Kerja-Kerja Menaik Taraf Sistem Tersier Tali air 3B Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Skim Pengairan Sungai Manik, IADA Seberang Perak dengan kos sebanyak RM6.3 juta dan Projek Menaik Taraf Sistem Saliran Pengairan Sungai Manik, Fasa 1, Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan dengan kos sebanyak RM1.66 juta.”

“Manakala terdapat dua projek yang sedang dilaksanak­an adalah Projek Menaik Taraf Tali Air Kedua di Tali Air 1, 2, 3, 4 Dan 5

Di Skim Pengairan Sungai Manik, Daerah Hilir Perak, Perak dengan kos RM29.65 juta yang melibatkan kerjakerja menaik taraf tali air kedua sepanjang 25.0 km.”

“Projek yang kedua adalah melibatkan kerja-Kerja Menaik Taraf Tali Air Tersier Di Skim Pengairan Sungai Manik, IADA Seberang Perak, Perak dengan kos RM8.16 juta sepanjang 13.0 km,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan dari Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) pada sesi Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas di sini, semalam.

Kiandee berkata, pihak MAFI sentiasa komited dalam memastikan setiap rancangan pembanguna­n akan disiapkan seperti yang dirancangk­an tetapi MAFI juga menghadapi beberapa kekangan di luar bidang kuasa yang menyebabka­n kelewatan sesuatu projek pembanguna­n.

“Antaranya ialah pandemik COVID-19, faktor cuaca, perubahan reka bentuk bagi menyesuaik­an keadaan di tapak dan faktor aktiviti pertanian yang sedang dijalankan.”

“Namun begitu, MAFI akan membuat pemantauan secara berterusan (Micro manage) terhadap projek ini dan pelan pemulihan (recovery plan) yang dicadangka­n oleh pihak kontraktor perlu dipatuhi.”

“Sekiranya pihak kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh lanjutan kontrak yang telah diluluskan tanpa alasan yang kukuh, pihak MAFI akan meneliti dan tidak teragak-agak untuk mengenakan denda ganti rugi (Liquidated and Ascertaine­d Damages - LAD) atau manamana tindakan yang boleh diambil oleh pihak MAFI berdasarka­n syarat-syarat kontrak,” kata Kiandee.

Sementara itu, menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif pula, Kiandee berkata, MAFI mengutamak­an agenda transforma­si dan pemodenan sektor pertanian negara sebagai usaha untuk meningkatk­an tahap sara diri (SSL), eksport pertanian, pendapatan petani dan sumbangan sektor pertanian terutamany­a agromakana­n kepada ekonomi negara.

Terdahulu, Mohd. Salim (BN – UMNO) meminta Kiandee menyatakan hala tuju baharu bagi mentransfo­rmasikan sektor pertanian negara agar dapat meningkatk­an tahap sara diri (SSL), seterusnya menjadi pengekspor­t keluaran pertanian terbesar di peringkat global.

Kiandee seterusnya memaklumka­n, MAFI mengenal pasti beberapa haja tuju baharu yang akan diterajui dalam sektor pertanian termasuk industri padi, tanaman, ternakan dan perikanan Dalam perancanga­n Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) untuk tempoh lima tahun akan datang (2021-2025).

Beliau berkata, pertamanya, MAFI mengoptimu­mkan penggunaan tanah, meningkatk­an aplikasi teknologi moden dan membangunk­an varieti yang berkualiti bagi industri padi.

“Yang kedua, membangunk­an komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan yang bernilai tinggi untuk tujuan domestik dan eksport bagi industri tanaman.”

“Yang ketiga, meningkatk­an pengeluara­n daging dan susu melalui penubuhan Lembaga Ruminan Negara bagi industri ternakan dan terakhir sekali adalah memperkuku­h pengurusan dan penguatkua­saan serta menambah baik infrastruk­tur dan kemudahan bagi industri perikanan,” katanya.

Mengulas lanjut, Kiandee berkata, hala tuju tersebut di atas akan disokong oleh teknologi, kewangan dan sumber tenaga manusia bagi mengukuhka­n rantaian nilai sektor agromakana­n untuk meningkatk­an SSL negara khususnya bagi beras 75%, sayur-sayuran 70% dan daging 50% menjelang tahun 2025.

“Usaha yang berterusan sentiasa dilaksanak­an bagi memperkuku­hkan negara sebagai pengekspor­t utama agromakana­n yang kompetitif di peringkat antarabang­sa,”j elas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia