Utusan Borneo (Sarawak)

Juve, Chelsea dan Sevilla layak ke peringkat 16 terakhir

Dengan kemenangan 4-0 ke atas Dyanmo Kiev, Barca tempah tempat pada pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara

-

“Kami sudah mencapai ” matlamat kami.

Ronald Koeman

Jurulatih Barcelona

PARIS: Juventus, Chelsea dan Sevilla mencatatka­n kemenangan pada saat akhir untuk layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara kelmarin, manakala Martin Braithwait­e menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 4-0 Barcelona di Dyanmo Kiev untuk turut menempah tempat pada pusingan kalah mati.

Mereka merupakan pasukan-pasukan pertama untuk mara dari peringkat kumpulan, dengan baki dua perlawanan lagi, pada malam yang menyaksika­n Erling Braut Haaland, Neymar, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes melakukan jaringan.

Lionel Messi tidak bermain untuk Barcelona, selepas pemain Argentina itu direhatkan bagi lawatan ke Ukraine, tetapi pasukan Ronald Koeman melaksanak­an tugas dengan baik untuk mencatatka­n empat kemenangan daripada empat perlawanan dalam Kumpulan G.

Semua gol dijaring pada separuh masa kedua, dengan Sergino Dest membuka jaringan sebelum Braithwait­e, penyerang Denmark, menambah satu lagi dan kemudian menyempurn­akan tendangan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Dimasukkan sebagai pemain gantian, Antoine Griezmann melengkapk­an kemenangan pada malam

pemain pertahanan tengah muda Oscar Mingueza, pemain tengah Brazil, Matheus Fernandes, dan pemain sayap remaja Amerika, Konrad de la Fuente, membuat penampilan sulung bersama pasukan utama.

“Kami sudah mencapai matlamat kami,” kata Koeman.

“Kami kelihatan lapar dan menjaringk­an empat gol. Pemain penting dapat berehat dan para pemain muda diberi peluang bermain dengan sewajarnya.”

Juventus menyertai Barcelona untuk layak dari Kumpulan G tetapi juara Itali itu memerlukan tandukan pada masa tambahan daripada pemain gantian Alvaro Morata untuk menewaskan Ferencvaro­s 2-1 di Turin dan menjamin kemaraan mereka.

Chelsea mara dari Kumpulan E selepas menewaskan Rennes 2-1 di Perancis, dengan Olivier Giroud yang dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menanduk masuk gol kemenangan dalam masa kecederaan. Sebelum itu, Serhou Guirassy telah mengikat gol pembukaan Callum Hudson-Odoi.

Sevilla, pemenang Liga Europa pada musim lepas, tidak akan mempertaha­nkan piala mereka selepas mara ke peringkat 16 terakhir dalam pertanding­an kelab elit di Eropah dan berbuat demikian dengan kemenangan 2-1 ke atas Krasnodar di Rusia, dalam perlawanan yang berlangsun­g di hadapan penonton yang agak ramai.

Sevilla dan Chelsea samasama mengutip 10 mata tetapi pasukan Frank Lampard pergi ke Sepanyol pada minggu depan, di mana pemenang akan menduduki tempat teratas.

Manchester United (MU) menduduki tempat teratas dalam Kumpulan H selepas dua jaringan Fernandes pada separuh masa pertama memulakan usaha mereka untuk mencapai kemenangan 4-1 ke atas Istanbul Basaksehir yang menebus kekalahan 2-1 di Turki dalam perlawanan sebelum ini.

“Ia adalah malam Liga Juara-Juara di Old Trafford, kita sudah tentu menjangkak­an bahawa mereka akan bermain dengan seronok,” kata pengurus MU Ole Gunnar Solskjaer mengenai pasukannya. “Kami menjaringk­an beberapa gol yang sangat bagus, saya berpuas hati.”

Pasukan Solskjaer berada tiga mata di depan Paris SaintGerma­in (PSG) dan RB Leipzig, selepas tendangan penalti awal Neymar memberikan kemenangan 1-0 kepada kelab Perancis itu ke atas pasukan pelawat dari Jerman.

PSG akan bertandang ke Old Trafford pada minggu depan.

Borussia Dortmund memerlukan hanya satu mata lagi untuk layak dari Kumpulan F ekoran kemenangan 3-0 ke atas Club Brugge selepas Haaland yang prolifik menjaringk­an dua gol sebelum dan selepas tendangan percuma Jadon Sancho di Jerman.

Haaland sudah menjaringk­an 16 gol pada musim ini, dan kini sudah menjaringk­an 16 gol dalam Liga Juara-Jura dalam hanya 12 penampilan sahaja – Messi ada dua jaringan dan Ronaldo kosong selepas jumlah penampilan yang sama.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan mereka, Ciro Immobile, menemui sasaran sebanyak dua kali, termasuk menerusi satu tendangan penalti, apabila Lazio menewaskan Zenit Saint-Petersburg 3-1 di Rom, satu keputusan yang menyingkir­kan kelab Rusia itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Aksi perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan G di antara Dynamo Kiev dan Barcelona di Stadium Olympiyski­y di Kiev.
— Gambar AFP RANCAK: Aksi perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan G di antara Dynamo Kiev dan Barcelona di Stadium Olympiyski­y di Kiev.
 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Aksi perlawanan Kumpulan E di antara Rennes dan Chelsea di Rennes.
— Gambar AFP TUMPUAN: Aksi perlawanan Kumpulan E di antara Rennes dan Chelsea di Rennes.
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Perlawanan Kumpulan G di antara Juventus dan Ferencvaro­s di Stadium Juventus.
— Gambar AFP SENGIT: Perlawanan Kumpulan G di antara Juventus dan Ferencvaro­s di Stadium Juventus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia